Bismillah

In sha Allah artikel ini akan merungkai persoalan seorang sahabat berkenaan trend peniaga-peniaga masa kini yang menggunakan sense of urgency – meletakkan dua harga untuk satu produk.

Secara asasnya, urusniaga adalah berdasarkan kepada saling setuju dengan harga. Harga yang diberikan oleh penjual dipersetujui oleh pembeli, dan harga yang ditawarkan oleh pembeli dipersetujui peniaga. Bahkan boleh penjual menjual suatu barang pada harga yang berbeza kepada pembeli yang berbeza.

2 harga untuk satu barang?
————————–

Islam melarang peniaga mengenakan dua harga untuk satu barang. Contoh A, peniaga menyatakan, “Bayarlah RM10 atau RM20″. Ia berbeza dengan contoh B: “Beli sekarang RM10, beli esok RM20″.

Syarat jual beli menyatakan harga yang perlu dibayar mestilah maklum dan jelas jumlahnya pada waktu akad.
Contoh A tidak memenuhi syarat tersebut, iaitu tidak jelas berapa sebenarnya yang perlu dibayar oleh pembeli.
Ini berbeza dengan contoh B di mana pembeli jelas tahu tentang harga yang perlu dia bayar.

Sense of Urgency
—————-

Secara asasnya pembeli mesti meluangkan masa yang cukup untuk menilai sesuatu produk. Namun, peniaga pula menggunakan teknik sense of urgency supaya pembeli membeli dengan cepat.
Dari sudut pandang agama, peniaga boleh menggunakan teknik sense of urgency dengan syarat:
1. Maklumat lengkap dan sepenuhnya diberikan kepada pembeli.
2. Tiada penipuan dan cubaan untuk menipu (cheat and deceive).
3. Pembeli mempunyai khiyar (waranti) iaitu boleh meminta refund jika tidak berpuas-hati dengan produk yang dibeli.

In sha Allah bermanfaat.

Penulis merupakan seorang Profesional Kewangan Islam Berkanun.

Artikel asal disiarkan di sini.

Pertanyaan boleh dikemukakan melalui ashrafcifp[at]gmail.com (ganti [at] dengan @ ).