Halatuju

Fokus dasar PUIM yang juga terkandung misi dan visi untuk 3 tahun pertama ialah:

  1. Membantu individu yang mahu mendapatkan pendapatan melalui perniagaan Internet fokus kepada generasi – Y , seperti pelajar akhir tahun dan mereka yang masih menganggur.
  2. Menyediakan peluang dan platform perniagaan kepada mereka yang bekerja dan ingin mendapatkan pendapatan sampingan atau ingin berhenti kerja dan memerlukan sokongan, panduan dan jalan untuk menjalankan perniagaan.
  3. Membina platform yang telus untuk memastikan perniagaan dijalankan dengan tepat, baik, dan berkesan serta tidak menyalahi undang-undang negara.
  4. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam ETP dalam kluster ICT dan Elektrik.
  5. Membuka direktori ahli untuk perniagaan online dan offline bekerjasama dalam kos yang lebih efektif.
  6. Menjalankan aktiviti kesedaran perniagaan Internet dengan mengadakan perbincangan, seminar, latihan, bantuan info digital yang berkait dengan perniagaan online.