Iftar 2017

“Bersama Komuniti Usahawan Online Untuk NAIK TARAF Bisnes Anda!

Jalan PANTAS Untuk Sukses Bisnes Anda!

GRAND IFTAR PUIM 2017

  • 10 Jun 2017
  • Menara Sri Wilayah
  • 12.30 PM – 9PM

pic-1-fancyNak duduk sekali dengan Pakar Internet Malaysia dan semua para usahawan online Like Minded? Hasilnya anda akan dapat peluang, ilmu dan mungkin kerjasama akan datang, mulakan bisnes atau kembangkan bisnes anda.

Salam sejahtera, saya Gero Azrul, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia sejak 2011 sehingga sekarang. Saya bersama AJK persatuan membantu beribu-ribu usahawan untuk kembangkan perniagaan secara online, dan sekarang ini PUIM mempunyai lebih 20 ribu ahli berdaftar online.

Jadi dalam pengalaman bertahun-tahun itu saya dapati ada beberapa kriteria utama untuk tentukan seseorang itu berjaya dalam perniagaan, dan perniagaan itu akan terus maju atau sebaliknya. .

Berkawan Dengan Orang Sudah Berjaya

Dalam perniagaan, nadi utama ialah aliran tunai, dan aliran tunai itu datang dari pemasaran produk, jadi aktiviti pemasaran produk adalah amat penting sehingga perlu fokus hampir 80% dalam operasi produk. Ilmu pemasaran itu paling penting, tambah tambah sekarang ilmu pemasaran online. Bayangkan kalau anda dapat jumpa dengan ramai pakar pemasaran online, dan mungkin anda juga boleh belajar dan pada sama kongsi pengalaman anda pada yang hadir.

Networking Dengan Usahawan

Tak kira anda baru atau lama, ini perkara penting. Mesti berkawan dengan sesama usahawan, ini kerana setiap usahawan ada jaringan mereka sendiri. Dan anda mungkin akan di REFER mengikut servis anda. Jadi pastikan anda bawa bisnes kad anda dan kenalkan diri dengan beratus usahawan aktif dan sama minda nanti.

Aktif dengan Komuniti Usahawan Online

Persatuan Usahawan Internet Malaysia adalah tempat untuk semua yang ada kaitan dengan online atau mahu ceburkan diri dengan online. Jadi penting anda masuk dalam komuniti yang betul, jadi anda akan dapat akses kepada pelbagai ruang dan peluang yang mungkin tak ada sebelum ini.

Antaranya ialah geran khas untuk usahawan online, aktiviti bersama agensi kerajaan yang mungkin boleh bantu anda.

Siapa Wajib Hadir?

Untuk yang betul-betul serius nak berjaya dalam bisnes, program ini disusun untuk anda. Wajib kena hadir jika;

  • Anda yang ada perniagaan kecil sederhana
  • Anda yang baru hendak mulakan perniagaan online
  • Anda yang ingin mengetahui peluang perniagaan online
  • Anda yang perlukan suntikan motivasi perniagaan
  • Anda yang ingin kembangkan rangkaian perniagaan
  • Anda yang perlukan sokongan perniagaan

PUIM alu-alukan kedatangan anda. Anggap ini jemputan khas untuk kejayaan anda!

.

.

Iftar PUIM – Ini kali ke-5!

Ini adalah program networking berbuka puasa kali ke-5 berturut-turut dan telah membantu beratus usahawan yang hadir. Tempat berhimpun usahawan internet secara santai. Anda akan bertemu sifu-sifu bisnes di sini. Jumpa mereka, tegur mereka. Mereka datang untuk meraikan anda.

Antara gambar sesi Iftar 2016 yang dianjurkan di MaGiC Cyberjaya.

Aturcara Program


tentatif

Kenapa Anda Kena Hadir?

Jika anda usahawan sebenar, antara tempat yang anda kena selalu join adalah tempat berkumpulnya usahawan yang ‘sekepala’ dengan anda. Sukar nak cari program-program networking yang melibatkan majoriti usahawan online. Di PUIM, anda akan merasai aura usahawan online ini melalui program seperti ‘Konvensyen Usahawan Online (eNTERWIP)’ dan Grand Iftar ini.

Anda kena buat keputusan untuk hadir kali ini.

  • Jumpa rakan usahawan. Mungkin ada yang bakal jadi rakan bisnes anda?
  • Mungkin anda akan berjumpa rakan-rakan agen yang akan bantu lebatkan sales anda?
  • Dapat aura usahawan-usahawan yang berjaya. Ambil pengalaman mereka!
  • Tahu perkembangan terkini Bisnes Online di Malaysia. Dah dengar mengenai BizTrust?
  • Tahu bagaimana PUIM boleh bantu bisnes anda
  • Hubung bisnes anda dengan PUIM untuk PUIM bawa ke satu tahap yang lebih tinggi

Antara yang akan bersama anda nanti!

Anda mungkin nak jumpa mereka tapi tak berkesempatan kerana jadual mereka yang sangat terhad! Usah risau, impian anda tercapai kali ini!


Wanmus


Hasbul Aqil

firdaus
Firdaus Azizi


Aqif Azizan


Engku Anwar

ismail
Ismail Arsad


Khairi LikeMethod


Raja Kamil


Gero Azrul


Zainal Rashid


Emerilda Sani


Muaz Hadi

Jom bersama sahabat-sahabat Usahawan

RM60 (seorang)

RM100 (berdua)

RM120 (bertiga)

Grand Iftar menanti kehadiran anda. Tempah seat anda sekarang!

Soalan dan komen di sini;

© 2017 – Persatuan Usahawan Internet Malaysia – All Rights Reserved