Apabila anda memulakan bisnes, salah satu langkah pertama yang perlu diambil adalah memilih nama untuk bisnes anda. Setelah nama dipilih, anda akan daftarkannya di SSM, nama domain laman web, fanpage, twitter, instagram, email atau nama mobile app. Setelah anda menempah nama bisnes secara rasmi, barulah anda berhak dari segi undang-undang untuk menggunakan nama tersebut.

 

Tempahan Nama Domain Laman Web v Nama Mobile App

langkah bina laman web

Contoh: Puan Siti baru ingin membuka bisnes menjual kuih donat. Beliau memilih nama bisnes “Donat Sedap” kerana semua orang kata resepi kuih donat beliau paling sedap dalam dunia.

Beliau pun mendaftar nama syarikat Donat Sedap Enterprise dan atas nasihat anaknya, membeli nama domain DonatSedap.com.my untuk membina kedai online.

tempah nama domain

Seperti yang kita semua maklum, Puan Siti tidak wajib membeli hosting atau membina blog untuk mendapatkan nama domain DonatSedap.com.my. Oleh kerana dia telah menempah nama domain tersebut, dia berhak menggunakan nama tersebut di kemudian hari selagi beliau membayar langganan tahunan untuk nama domain tersebut.

langkah bina mobile app

Berbeza dengan laman web, Puan Siti tidak boleh menempah nama Donat Sedap sebagai nama mobile app tanpa membinanya terlebih dahulu.

Apple & Google tidak akan mengeluarkan kebenaran untuk tempahan nama mobile apps sahaja. Mobile apps memerlukan sekurang-kurangnya maklumat tentang bisnes Donat Sedap dalam bentuk laman web, blog atau aktiviti media sosial.

 

Nama Mobile App Sangat Terhad

Jika ditakdirkan yang Puan Siti mendapati domain DonatSedap.com.my sudah dibeli pihak lain, beliau masih lagi ada peluang untuk membeli domain antaranya:

  • DonatSedap.net
  • DonatSedap.biz
  • DonatSedap.com
  • DonatSedap.my

Namun begitu, jika nama mobile app Donat Sedap sudah digunakan oleh pihak lain, beliau terpaksa memikirkan nama lain. Hak eksklusif jenama beliau hilang jika beliau lambat bina dan tempah nama mobile apps. Di dalam penamaan mobile app, tiada .com, .biz, .com.my, .my dan lain-lain.

Yang membuat lagi terhad ialah bilangan karakter untuk nama mobile app:

  • Versi Android: 15 karakter sahaja
  • Versi iOs: 12 karakter sahaja.

 

Penjenamaan Nama Mobile App di Malaysia

Majoriti bisnes di Malaysia wajib sedar bahawa nama bisnes, produk atau jenama mereka adalah aset yang paling mahal untuk bisnes mereka.

Oleh kerana itu, pemilik bisnes wajib memastikan yang mereka mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan jenama mereka di semua medium termasuklah mobile app untuk bisnes.

 

Sudahkah Bisnes Anda Mobile?

Untuk membina Bisnes Apps pertama, anda hanya perlukan salah satu:

  • Website
  • Blog
  • Akaun Sosial Media

Mobile apps rasmi Persatuan Usahawan Internet Malaysia adalah contoh baik untuk bisnes apps. Pandu uji mobile apps tersebut di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app_puim.layout&hl=en

Ada komen atau soalan tentang Bisnes Apps?