99% Bakal Pelanggan Yang Klik Ke Laman Web Anda Tidak Akan Membeli. Ia bersamaan dengan andaikan 100 orang klik website anda, 1 orang yang membeli.

 

Itu adalah ‘conversion rate’ yang ‘standard’ jika prospek adalah pertama kali datang ke laman web anda. Jika dalam 100 orang klik atau datang ke website anda tapi tiada jualan, maknanya ia mungkin masalah dari tawaran anda.

 

Secara Umumnya Ada 2 Cara Untuk Naikkan Jualan :-

Cara 1 : Naikkan klik ke laman web anda.

Jadi kena ada 1000 orang ‘targeted prospect’ untuk klik ke website anda. Semakin tinggi orang datang ke website semakin tinggi jualan.

Tapi cara 1 ini mungkin memerlukan kos untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Cara 2 : Tingkatkan ‘conversion rate’ dari 100 orang klik 1 orang beli kepada 100 orang klik 5 orang beli.

Cara ke-2 ini lebih bagus kerana lebih jimat kos dan hanya perlu follow up orang yang berminat atau orang pernah datang ke laman web kita untuk membeli.

Jadi adalah lebih efisien jika tingkatkan ‘conversion rate’ berbanding mencari prospek baru.

 

Biasanya ada 3 masalah utama kenapa orang pertama kali datang tak terus membeli di laman web anda.

Sebab #1 : Tawaran kurang menarik.

Mungkin tawaran anda ketika itu tak menarik minat prospek atau masih lagi survey dengan laman web lain yang jual produk yang sama.

Sebab #2 : Masih ragu-ragu dan kurang percaya dengan kita.

Pelawat yang datang ke laman web kita mungkin pertama kali datang. Jadi masih lagi was-was untuk membeli dari kita.

Sebab #3 : Terlupa.

Pelawat yang datang ke laman web kita memang berminat untuk beli. Tapi oleh kerana mungkin ketika itu sedang berada di pejabat, atau ketika itu belum gaji, atau tengah buka laman web melalui mobile, akhirnya terlupa tentang niat nak membeli.

 

Ketiga-tiga sebab di atas boleh diatasi jika kita menggunakan teknik email marketing. Tawarkan produk percuma, seperti ebook percuma, kupon diskaun atau sample percuma di laman web anda.

Minta nama dan email prospek untuk sebelum berikan tawaran percuma ini dan letakkan optin form di laman web anda.

contoh optin form

Contoh Optin Form yang dipasang di laman web Chapter F SifuFBAds.

 

Email marketing boleh bantu :-

1) Atasi masalah tawaran kurang menarik.

Mungkin tawaran asal kurang menarik perhatian, tiada testimoni atau copywriting kurang menyakinkan. Ubah copywriting, tambah testimoni pelanggan yang pernah guna dan ‘split test’ kepada prospek yang pernah klik ke laman web.

2) Atasi masalah ragu-ragu dan kurang percaya.

Bina hubungan dengan bakal pelanggan untuk kurangkan rasa ragu untuk membeli dari anda. Berikan info-info tambahan melalui email.

3) Atasi masalah pelanggan terlupa nak beli.

Follow up prospek yang betul-betul berminat. Mungkin sebelum ini pelanggan belum bersedia nak beli atau belum gaji. Jadi emailkan kepada pelanggan tawaran ini masih dibuka ketika mereka sudah gaji.

Berapa ramai yang dah gunakan email marketing hari ini?

Jangan lupa daftar ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia untuk dapatkan update terkini pemasaran online.