Untuk buat kajian ini, anda boleh search di google untuk alexa malaysia.

Alexa ialah tempat untuk melihat pengguna di Malaysia kecenderungan mereka untuk menggunakan sesuatu platform.

Jadi anda boleh mengagak dimana pasar Internet untuk anda pasarkan pada mereka.

——————————–
1. Google.com.my
——————————–

Untuk strategi ini anda mestilah gunakan keyword berkaitan dengan perniagaan anda.

Seperti contoh,

“Kereta Sewa Selangor” .

Komponen paling baik ialah. [Servis / Produk + Lokasi Operasi] .

P.S: Anda boleh gunakan strategi ini untuk bina nama fan page, kerana akan di index di google nanti.

Dan pastikan anda daftarkan perniagaan anda dengan google places. Ini akan berikan kelebihan signifikan pada anda dalam direktori.

Strategi boleh digunakan ialah.

+ Content Marketing – beri tips, artikel, video berkaitan dengan servis dan produk anda.

+ Leads Generation – kumpul bakal pelanggan anda dengan meminta emel mereka sebelum anda berikan sesuatu untuk mereka gunakan.

Contohnya – dapatkan tips direct ke inbox anda dengan berikan emel pada kami.

Anda boleh fokus pada pemasaran google adwords.

——————————–
2. Facebook
——————————–

Bina ruang bina pelanggan terbabit, ini boleh dikatakan bina tribe anda sendiri, atau komuniti anda sendiri.

Sebagai contoh LIKE pada fan page anda, atau profile anda, atau dalam group FB anda.

Anda kongsikan, servis terbaru, berikan social proof, cerita motivasi berkaitan produk atau servis anda dan sebagainya.

Anda boleh fokus kepada pemasaran facebook ads.

——————————–
3.Youtube
——————————–

Ini paling kurang dilakukan oleh kebanyakan dari kita, fokus kepada pemasaran video.

Anda tidak perlu berikan video canggih-canggih sangat, anda hanya perlu rekod guna smartphone anda sebagai permulaan.

Strategi masih lagi content, produk knowledge, viral video dan sebagainya.

P.S: Beberapa hari lepas, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (UIM) telah mengunjungi pejabat GEPI – Global Entrepreneurship Program Indonesia untuk berbincang mengenai sokongan dan ekosistem untuk usahawan technopreneur khususnya.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia