Mempelajari bagaimana untuk mewujudkan sebuah pelan atau rancangan perniagaan yang baik adalah satu langkah penting ke arah operasi perniagaan yang berjaya. Sebuah rancangan perniagaan bukan sahaja akan memberi panduan untuk menjalankan perniagaan anda, tetapi juga akan menjadi alat tanda aras yang berguna kepada bakal pemberi dana perniagaan dan bakal pelabur. Anda sebenarnya boleh mempelajari bagaimana untuk menulis rancangan perniagaan yang berkesan yang pastinya akan menggerakkan perniagaan anda kepada kejayaan yang cemerlang.

Menyediakan rancangan perniagaan kadang-kadang boleh menjadi menarik dan menyeronokkan, namun sesetengah orang akan mendapati bahawa ia amat sukar untuk diselesaikan. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang betul dan tepat tentang bagaimana untuk menulis. Sebuah rancangan perniagaan yang baik adalah ditulis dalam format tertentu dan mengandungi unsur-unsur penting yang membentuk satu rancangan perniagaan yang kukuh dan meyakinkan.

Kenapa perlu rancangan perniagaan ini? Adakah ia perlu dalam  perniagaan? Walau apa pun jawapan anda, saya ingin kongsikan beberapa fakta yang amat menarik malah kadang-kadang amat menakutkan usahawan-usahawan seperti anda. Di antaranya adalah:

  • Menurut kajian, berbilion USD dibelanjakan untuk perniagaan yang telah gagal
  • 9 daripada 10 perniagaan akan gagal dalam setiap 5 tahun
  • Bagi baki yang 10% itu pula; 90% daripadanya akan gagal 5 tahun berikutnya
  • Hanya 1 % ke 4% daripada usahawan yang memohon dana daripada “angel investor” berjaya melalui keseluruhan proses

Jadi persoalannya adalah KENAPA? Jawapannya pula adalah amat mudah. Hampir kesemuanya adalah disebabkan tiada pendedahan penting dalam ilmu untuk merancang perniagaan. Adakah kita GAGAL untuk MERANCANG atau MERANCANG untuk GAGAL?

Oleh itu untuk memudahkan proses untuk merancang perniagaan, berikut adalah  6 langkah mudah untuk menulis rancangan perniagaan.

Langkah 1: Sediakan ringkasan eksekutif.

Walaupun ringkasan eksekutif ini berada di bahagian paling awal dalam rancangan perniagaan, ia hanya ditulis selepas semua bahagian lain telah selesai ditulis. Gunakan seksyen dalam rancangan perniagaan anda ini untuk meringkaskan semua aspek perniagaan anda, termasuk sejarah dan kenyataan misi perniagaan anda, produk dan perkhidmatan, pemasaran dan pelanggan anda, dan juga persaingan anda. Terangkan lokasi anda di mana anda menjalankan perniagaan dan sediakan maklumat mengenai kakitangan anda yang utama. Akhirnya, secara ringkas ceritakan tentang unjuran & matlamat kewangan untuk perniagaan anda.

Langkah 2: Huraikan tentang perihal syarikat anda.

Tuliskan sejarah ringkas syarikat anda termasuk misinya, lokasi dan pemilikan syarikat. Jika anda mempunyai sebuah syarikat yang telah sedia ada, anda juga boleh memberi gambaran tentang keuntungan sebelum ini dan maklumat kewangan. Anda juga perlu membincangkan projek baru yang menarik yang anda sedang rancang untuk laksanakan setelah pembiayaan tersedia untuk digunakan. Tunjukkan  keseronokan dan minat anda dalam seksyen ini dengan  menulis tentang mengapa anda memulakan syarikat anda dan matlamat yang anda harap untuk capai.

Langkah 3: Berikan butir-butir produk atau perkhidmatan anda.

Terangkan tentang  produk atau perkhidmatan yang anda jual dan mengapa orang harus beli dari anda. Pastikan anda menyerlahkan apa yang membuatkan perkhidmatan anda atau produk yang lebih baik daripada pesaing-pesaing lain. Pastikan bahasa yang digunakan adalah yang  mudah difahami apabila anda menerangkan produk dan perkhidmatan anda. Ingatlah bahawa anda adalah pakar, tetapi mereka yang membaca rancangan perniagaan anda mungkin mempunyai pemahaman yang sedikit atau tiada sebarang pemahaman langsung tentang industri anda.

Langkah 4: Analisa pasaran sasaran anda.

Berikan maklumat tentang pasaran yang anda bercadang untuk bersaing. Bincangkan bagaimana anda akan mencapai pelanggan berpotensi anda. Jelaskan sama ada anda akan menyertai stesen radio, media cetak, televisyen dan pengiklanan internet, termasuk apa yang anda rancang untuk belanjakan bagi semua media pengiklanan. Tentukan siapa pesaing anda, dan bagaimana anda akan mengalahkan pesaing anda di pasaran.

Langkah 5: Sediakan rancangan kewangan anda.

Untuk bahagian kewangan ini, masukkan kos permulaan perniagaan, kos yang berterusan untuk menjalankan perniagaan, perbelanjaan yang anda jangkakan dan juga pendapatan perniagaan. Sediakan juga maklumat sokongan kewangan dalam bentuk belanjawan dan penyata aliran tunai, penyata pendapatan, dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Langkah 6: Perkenalkan pasukan pengurusan anda.

Pamerkan senarai kakitangan utama dalam syarikat anda dan latar belakang mereka. Sediakan maklumat yang berkaitan termasuk kelayakan, pengalaman, pencapaian dan kemahiran pasukan pengurusan dan bagaimana perkara ini akan memberi manfaat kepada syarikat anda.

Sebenarnya, terdapat beberapa pilihan yang berbeza untuk menyediakan rancangan perniagaan anda. Malah, ramai juga usahawan menyediakan rancangan perniagaan mereka sendiri, tanpa meminta bantuan luar. Jika anda merasakan bahawa anda perlu dibantu menyediakan sebuah rancangan perniagaan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan template rancangan perniagaan. Menggunakan template rancangan perniagaan adalah cara terbaik untuk mempercepatkan proses penyediaan rancangan perniagaan yang benar-benar boleh membantu anda untuk mendapatkan objektif penyediaan rancangan perniagaan tersebut sama ada untuk mendapatkan dana perniagaan atau menjadi tanda aras anda dalam mengenal pasti prestasi perniagaan anda. Anda boleh cari maklumat dalam talian tentang template rancangan perniagaan yang baik dan mudah untuk difahami berdasarkan objektif penyediaan rancangan perniagaan masing-masing.

“Abd Azharee Abdul Wahid adalah seorang Pakar Perancangan Perniagaan dan telah banyak membantu usahawan dalam merancang perniagaan dalam pelbagai industri. Pemenang Anugerah Asia Pacific Global Lubricants Chevron PRIDE Award – The Most Outstanding Sales Record ini  juga merupakan seorang penulis di blog perniagaan www.azharee.com

 

Bagi anda yang berminat untuk webinar berbayar Rancangan Perniagaan , boleh ikut tindakan dibawah.

Webinar  akan dilangsungkan pada

  • Rabu
  • 13 Feb 2013
  • 9.30pm – 11pm

[ez_countdown day=”13″ month=”2″ year=”2013″ hour=”21″ min=”30″ sec=”0″ style=”dark” timezone=”+8″]
Langkah Pertama
Sila Bankin RM1.00 ke salah satu akaun berikut:

1. Maybank
No Akaun : 562188301365
Penama : PUIM MARKETING
Emel : salam@puim.my

1. CIMB
No Akaun : 14290000696104
Penama : PUIM MARKETING
Emel : salam@puim.my

Langkh Kedua, terus daftar dibawah.

https://attendee.gotowebinar.com/register/1152543620802611968