Berkomunikasi dengan bakal pelanggan atau spesifiknya menulis ayat promosi, email promosi atau bahan promosi melalui apa sahaja medium memerlukan anda memahami dengan siapa sebenarnya anda berkomunikasi. Hal ini penting untuk memastikan mesej jualan yang anda salurkan itu sampai kepada tindakan membeli mereka.

Langkah pertama untuk anda pastikan perkara ini berlaku adalah dengan melakukan ‘profiling’ pelanggan anda sebagaimana ianya disebut sebagai ‘customer avatar’ oleh Eben Pagan atau ‘average ideal customer’ oleh Frank Kern.

Video ini menerangkan lebih lanjut tentang perkara ini, harap bermanfaat.