Konvensyen Usahawan Internet 2017 (eNTERWIP)

Konvensyen Usahawan Internet Malaysia 2017 (eNTERWIP) telah melabuhkan tirai untuk sesi 3.0 tahun ini. Dilangsungkan pada 21 Oktober 2017 telah memberikan aura positif kepada peserta yang hadir.

Dihadiri oleh 336 orang peserta, program dilangsung di Menara Sri Wilayah dengan kerjasama penuh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, CEO Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Program disokong penuh oleh pihak Telekom Malaysia (TM) yang menyediakan talian internet untuk program.

Berkonsepkan ‘mentoring + coaching’, program ini dijayakan oleh 16 orang Sifu Bisnes Internet Malaysia. Terima kasih untuk mereka yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bantu usahawan internet. Peserta diberikan borang untuk buat profiling dan mengenal tahap bisnes mereka sendiri. Daripada borang itu mereka akan dapat mengesan dengan sendirinya di mana kelemahan yang perlu diperbaiki.

Sebelum itu sesi diselangi dengan aspek kerohanian dengan slot forum khas berkaitan zakat perniagaan. Slot diisi oleh pihak PPZ dan Ustaz Hasrin yang memberikan sedikit kelainan kepada program keusahawan ini. Terima kasih untuk semua yang terlibat dan kita jumpa lagi di eNTERWIP2018!