Bagaimana Cara Paling Mudah Buat Duit Online?

Banyak cara sebenarnya nak buat duit melalui internet. Tapi pastikan anda menjauhi jenis-jenis pelaburan online yang khabarnya bakal mengembangkan duit anda. Labur sejumlah wang dan untuk tempoh tertentu ianya ‘beranak’. Aduh! Sila abaikan.

Dalam banyak cara buat duit ini, saya sarankan anda ambil peluang buat duit menggunakan ‘flow’ basic ini;

  • Jual barang, orang beli, anda dapat duit
  • Jual servis, orang bayar, anda dapat duit
  • Jadi agen, jual produk orang, anda dapat komisen

Kalau ada produk sendiri, jual produk itu. Sama ada anda hasilkan sendiri produk itu atau anda borong di tempat murah dan jual secara online. Ramai yang beli produk-produk ‘rare’ di negeri masing-masing, iklan di Mudah.my

Kalau tak ada produk sendiri, cari produk-produk yang ada menawarkan konsep dropship, agen ataupun affiliate. Daftar dan mula bantu mereka promosi produk itu. Bila ada jualan anda dapat komisen 🙂

Dalam artikel ini kita sentuh mengenai ‘Affiliate Produk Digital’ atau Bahasa mudahnya anda jadi agen jualan produk-produk digital seperti ebook.

Ada ke orang buat duit?

Sebenarnya kalau nak cerita orang buat duit dengan hanya jadi affiliate produk digital ni sangat banyak. Saya tak nak cerita mengenai komisen saya, tapi saya nak tunjuk pendapatan sahabat-sahabat affiliate yang lain;

Nampak tak? Ramai yang buat duit. 4 imej ini adalah imej carta jualan untuk pelancaran 4 ebook berbeza. Mungkin anda akan kata mereka tu semua dah TOP MARKETER boleh la buat duit ribu-ribu dalam affiliate ni. Ok saya bagi data-data baru. Sebenarnya semua orang ada peluang untuk jana komisen dalam affiliate. Syaratnya dia kena bersungguh belajar dan buat!

  • Puan Jurina, seorang surirumah (6 orang anak) jana jualan RM3,160 dalam tempoh 7 Hari SAHAJA
  • Asrol, pelajar UIA Gombak, berjaya jana jualan RM8,330 dengan Tim Infokerjaya
  • Afiq Aiman, seorang pelajar UITM, berjaya buat jualan RM7,070 setakat ini dengan affiliate
  • Muhamad Faizal seorang kakitangan kerajaan ditunjukkan cara bagaimana buat duit dengan affiliate, berjaya buat duit tambahan dari jualan RM3,730
  • Mohd Faisal seorang Pembantu Penyelidik berjaya buat jualan RM240 untuk tambah pendapatan beliau
  • Reza yang baru saja cuba join affiliate dengan promosi simple berjaya buat jualan RM120 untuk duit kopi beliau!

Nampak tak? Surirumah, student, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, bujang, dah kahwin semua ini kita ada rekod mampu buat biar tak ada pengalaman dan pengetahuan yang super-duper dalam IT pun.
Untuk rekod, saya juga tak ada lulusan IT/Komputer. Saya lulusan Kejuruteraan Bioteknologi! :p

Kenapa Affiliate?

Sebenarnya banyak lagi bisnes model yang lain. Tetapi menjadi agen affiliate produk digital antara yang mudah dan lumayan.

  1. Tak perlu uruskan penghantaran produk
  2. Tak perlu layan kerenah customer, owner produk yang akan buat
  3. Tak perlu kaji dan cipta produk sendiri
  4. Sangat fleksible. Kalau tak laku, and aboleh pilih produk lain!
  5. PERCUMA! Biasanya program affiliate ini adalah percuma untuk join. Kalau ada yang berbayar, hati-hati ya 🙁

Sebenarnya ketika saya mula-mula berjinak dengan online, antara benda pertama saya buat untuk kumpul modal dan pengaruh adalah dengan join affiliate! Lihat komen Tuan Ammar Zahar (pemilik Jootawan Group) kepada saya kalau tak silap saya 2010 kot;

Ini cerita lama saya simpan buat kenangan supaya saya tak lupa kenangan manis baru bermula sebagai affiliate dulu 🙂

Bagaimana Nak Mula?

Nak mula mudah sahaja. Tapi anda kena janji dengan saya, lepas baca artikel ni terus bermula. Jangan simpan buat ‘ilmu kering’ dalam kepala ja!
4 langkah ini asas untuk anda mula jana komisen sebagai agen affiliate.

  • LANGKAH 1 – Pilih produk
  • LANGKAH 2 – Daftar sebagai ejen/affiliate produk tersebut
  • LANGKAH 3 – Mula promosi
  • LANGKAH 4 – Sekiranya terjual, komisen diterima

Konsepnya mudah dan nampak boleh dilakukan sehingga LANGKAH 3. Untuk masuk ke LANGKAH 4 ramai yang mengeluh

Mengikut asasnya, ianya terletak pada bagaimana anda melaksanakan LANGKAH 3. Jika ianya bagus, maka LANGKAH 4 akan mudah dicapai

Tapi percayalah, jika LANGKAH 1 anda tidak dilakukan dengan betul, LANGKAH 3 sukar dilakukan. Dalam kata lain, jika anda memilih produk yang salah,

  1. kerja-kerja promosi sukar dilakukan
  2. kredibiliti anda tercalar
  3. kos anda meningkat
  4. tiada pulangan atau pulangan yang tidak berbaloi

LANGKAH 2 juga ada masalahnya. Jika tersalah memilih platform atau pengeluar produk, kemungkinan buruk yang bakal berlaku;

  • Pemilik produk tidak bayar komisen
  • Sistem ‘tracking’ jualan tidak berfungsi jadi jualan anda tidak mempunyai komisen
  • Sistem sokongan affiliate dan pelanggan sangat buruk
  • Kemungkinan pemilik tidak menghantar produk kepada pelanggan

Anda sebagai affiliate telah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan jualan tetapi atas sebab masalah pada produk dan pemilik produk yang anda promosikan itu, anda TERSUNGKUR tanpa komisen dan nama anda tercalar di mata mereka yang anda promosikan

Sebenarnya banyak kes pemilik produk tak bayar komisen ni. Jadi saya kena bagitahu perkara ini supaya nanti anda dah semangat buat, sekali terjelepuk komisen tak dibayar!

Antara produk-produk yang anda boleh promosikan sebagai affiliate. Banyak sebenarnya kalau anda tahu mana lubuknya. Pelbagai tajuk dan niche. Antaranya;

Strategi

Ok ini satu benda yang paling penting. Buatlah apa starategi sekali pun, kalau perkara ini anda tak faham memang tak akan menjadi. Kalau menjadi pun nasib-nasib je lah.
Tugas affiliate adalah membawa mereka yang tepat ke laman jualan. Ya setepat yang mungkin.

Lihat situasi ini. Kisah newbie affiliate Amin dan Ahmad


Mengikut rekod jualan ebook Kerja-Kerajaan.com sangat hebat. Mudah dijual dan komisen sehingga RM40 untuk setiap jualan. Ramai agen affiliate berjaya buat jualan dan puluhan ribu ringgit telah dibayar sebagai komisen.

Jadi 2 orang affiliate baru ini begitu yakin untuk mendapat jualan. Mereka cuba strategi dapat pelawat dari Facebook. Ya lah, agen affiliate baru ni kesungguhan lebih sikit. Mereka buat teknik pemasaran percuma di Facebook. Online sentiasa di FB dan bekerja keras membawa pelawat klik link affiliate mereka. Buat posting ke group-group dan fanpage besar di Facebook.

Ada cara sharing, ada acara spamming. ‘Newbie’ la katakan 🙂

Amin serang group-group dan fanpage yang ramai budak sekolah menengah. Group gaming, Playstation, apps

Ahmad pula serang group-group dan fanpage yang ramai graduan universiti. Group alumni universiti, group final year projek universiti dan yang seangkatan dengannya

Alhamdulillah, masing-masing dapat 1,000 klik. Sangat mengagumkan. Tak sia-sia berusaha keras online setiap hari dan letakkan link di merata-rata. Tapi cuba lihat hasil jualannya;

Amin: 1 jualan = RM80 (komisen)

Ahmad: 80 jualan = RM3,200 (komisen)

Nampak tak kenapa?

Amin jual ebook temuduga kepada budak sekolah Ahmad jual ebook temuduga kepada graduan yang baru grad dan sedang cari kerja Pemilihan produk dah bagus. Produk HOT, terbukti senang dijual tetapi dijual kepada sasaran yang salah. Gagal juga nak menjual.

Ahmad jual pada mereka yang perlukan ebook Kerja-Kerajaan.com.

Amin pula main tembak ja kot-kot la ada pelajar sekolah nak beli. Mujur ada seorang jejaka ni beli untuk kakak dia. Dapatla satu jualan. Tak sengaja. Sama macam kita jual raket tenis kepada pemain pingpong. Memang tak jalan la. Itu key yang utama, kenal siapa pelanggan yang tepat. Jadi lebih mudah untuk anda menjual.

Selepas itu baru datang strategi-strategi yang lain;
>> scarcity
>> counting
>> bonus

Sebenarnya, flow ‘Super Affiliate’ berbeza dengan flow asas yang saya beri dalam artikel ini. Biasa kita pilih produk yang tepat terlebih dahulu. Tapi ‘Super Affiliate’ dia cari pelanggan dulu baru usulkan produk untuk dijual.

Game dia lain. Nampak tak?

Saya ada banyak lagi nak kongsi. Kalau anda nak tahu lebih banyak rahsia dan tool berkaitan affiliate, masukkan nama dan email anda di bawah. Saya suka nak kongsi lebih kepada anda! Cepat daftar PERCUMA di;