Kroni.. Kabel.. ‘orang dalam’.. ‘inner circle’.. ‘geng-geng dia’.. antara istilah yang dilihat sebagai sesuatu yang negatif tetapi jika dilihat daripada sudut yang positif, ianya lebih segar dan sangat kondusif dinilai sebagai ‘jambatan hubungan’.

Fokus kepada perniagaan internet yang kita bersama dalamnya, ‘jambatan hubungan’ ini lebih mudah kita kenal dengan istilah JV (joint ventures) atau lebih tepatnya ‘marketing relationship’.

Pemahaman yang paling mudah bagi saya adalah mengikut olahan terjemahan IM antarabangsa, Yanik Silver yang menyatakan kita harus buat baik pada mereka, betul betul baik!;

..be ‘very very good’ to him..

Ini Kisah Saya

Percaya pada saya, ini kisah pengalaman saya bagaimana dengan kuasa JV mendatangkan hasil yang amat memberangsangkan dalam perjalanan perniagaan internet saya. Bukan hanya tertumpu kepada jumlah jualan yang berjaya dihasilkan tetapi bantuan, rangsangan, nasihat dan pandangan daripada mereka sangat membantu perkembangan bisnes saya.

Bagaimana Saya Melakukannya

Dalam membina ‘jambatan hubungan’ sedari awal saya berada dalam dunia perniagaan internet tempatan, ramai yang perasan dan berkata,

  • “asyik muka dia ja..”

Ianya hanya kerana muka saya selalu kelihatan di seminar-seminar berkaitan perniagaan internet sejak tahun 2009. Tujuan utama saya pastinya untuk mendapat ilmu yang disampaikan dalam seminar yang dihadiri itu tetapi tujuan besar ialah bertemu muka dan bersalaman dengan penceramah seminar tersebut, menyerap aura kejayaan mereka semestinya!

Bersama Tuan Ammar Zahar, Tuan Jamaluddin Bahari dan
Tuan Rahman Basri di seminar mereka

Hadir, berjumpa dan bertegur sapa dengan mereka (prospek JV anda) membolehkan anda melekat di minda mereka dan lebih mencerahkan peluang anda untuk ber JV dengan mereka.

Pernah anda hantar email JV dan tidak dibalas?

Salah satu faktor penolak kepada jemputan anda (selain masalah produk/niche) oleh prospek JV anda adalah monolog ini;

  • siapa dia untuk aku bantu dia?
  • pernah aku jumpa dia?
  • dia pelanggan aku kah?
  • dia pernah bantu jualan aku kah?

Tidak boleh salahkan prospek JV anda kerana cuba bayangkan selain anda, berapa lagi email jemputan JV yang mereka dapat? Jika ada 10 jemputan JV, wajarkan mereka menerima semua jemputan dan promosi 10 produk sebulan?

Dalam situasi ini, pastinya adalah lebih wajar untuk mereka mengutamakan jemputan JV daripada mereka yang dikenali/ada hubungan/pernah jumpa

Langkah Pertama Anda

Penuhi kriteria untuk jemputan JV anda diterima, mula berjumpa dengan prospek JV anda terlebih dahulu dan langkah mula untuk anda bertindak ialah hadir seminar, gathering atau apa sahaja program yang menghimpunkan usahawan. Dalam konteks ini, usahawan internet! Ianya umpama lubuk prospek JV untuk anda!

UPDATE 2017: Program Gathering Berbuka Puasa PUIM! Program ini akan diadakan pada 10 JUN 2017 di Menara Seri Wilayah, PUTRAJAYA.. Ianya akan menghimpunkan usahawan internet dan pastikan anda tidak terlepas. Untuk maklumat lanjut, terus ke link ini.

Road-Block Untuk Tidak Hadir Seminar

Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Ungkapan ini rasanya sesuai untuk situasi ini. Sekali lagi, percaya pada saya atas pengalaman saya,

  • Tanpa JV: Jualan saya 212 unit
  • Bantuan JV: Jualan saya 2700++ unit

Nak dapat JV salah satunya ialah hadir ke seminar dan berjumpa dengan mereka! Ramai yang mempunyai ‘halangan’ biasa iaitu, Ini yang saya buat dulu masa mula-mula nak bertapak.

  • Tempat seminar jauh: Saya sanggup ke Johor dari Kuala Lumpur untuk hadir ke seminar di UTM dan berjumpa Tuan Rohaizad dan IM yang lain
  • Masa tak ada: Saya sanggup ambil penerbangan pagi dan pulang petang pada hari yang sama untuk hadir seminar di Johor juga untuk bertemu Tuan Ammar Zahar dan IM yang lain
  • Kos tinggi: Saya sanggup ikat perut untuk hadir ke seminar Ebook anjuran Tuan Jamaluddin Bahari di Bandar Tasik Selatan
  • Tak ada kawan/kawan tak minat: Saya sanggup menebalkan muka berkongsi kereta dengan mereka yang saya tak kenal dan tak pernah jumpa tetapi mempunyai minat yang sama untuk hadir seminar

Apa lagi yang menghalang anda untuk hadir ke seminar dan mendapat hasil yang besar dari seminar (ilmu + networking + prospek JV). Tepuk dada tanya rancangan masa depan anda dalam bisnes internet ini.

  • Mahu laju = hadir seminar dan bina ‘jambatan hubungan’
  • Mahu perlahan = buat bisnes seorang diri

Output JV-Relationship

Seperti yang saya katakan tadi, bukan sekadar jumlah jualan tetapi lebih daripada itu. Mereka yang anda biasa jumpa secara online bertukar menjadi rakan anda di alam nyata (bukan maya) bahkan menjadi rakan niaga anda!

‘Blueprint’ saya mudah sahaja,

  • kenali prospek JV anda
  • bina hubungan dengan mereka (hadir seminar, beli produk etc)
  • bantu mereka (jadikan diri kita JV tak rasmi mereka dulu)
  • …kemudian baru layak untuk anda hantar Email Jemputan JV!

JV bukan sekadar jualan, malah lebih dari itu. Berjumpa online berakhir menjadi rakan offline yang akrab.

Ayuh mulakan langkah anda untuk berjaya dengan lebih pantas!

Manisnya nikmat JV. Antara rakan JV yang hadir ke majlis perkahwinan saya Disember 2011 yang lepas. Tuan Jamal SifuFbads, Tuan Ammar Zahar, Tuan Gero Azrul, Tuan Zainal Rashid, Tuan Rahman Basri, Tuan Rahman Baco, Tuan Syed Faiz, Tuan Safuan, Tuan Syahrul Effendy (Mereka ini saya jumpa melalui Seminar/Gathering, bertukar menjadi Guru, Sahabat dan rakan niaga!)