Internet sebagai medium pemasaran tidak dapat disangkal lagi dengan statistik penggunaan yang bertambah. Dalam konteks Malaysia, jika dibandingkan situasi awal tahun 2000 dengan sekarang, tahap mudahnya penggunaan internet semakin meningkat ditambah dengan kadar literasi komputer yang lebih mapan kini.

Melihat dalam aspek keusahawanan atas talian (eBisnes), peluang sudah pastinya terbuka dengan sangat luas. Lautan pelanggan sudah sedia ada di internet, menanti ‘umpan’ untuk disambar. Dalam kata lain, pasarkan apa sahaja, mesti ada pembelinya.

Siapa kata tak boleh? Jika bercakap mengenai ‘trend’ dunia, ramai mengakui apa yang berlaku di eropah khususnya di Amerika Syarikat, tidak akan terus berlaku di Asia. Apa yang berlaku adalah ‘lag in shifting’ atau bahasa mudahnya, ianya akan berlaku juga di pasaran tempatan tetapi ‘lambat sedikit’. Unjuran yang penting ialah, apa yang telah/sedang berlaku di sana, akan turut berlaku di pasaran kita. Tidak 100% sama tetapi dalam kerangka yang luas, ianya akan berada pada arus yang sama.

Mengikut statistik pembelian ‘Online’ barangan fizikal di US, ianya meningkat dengan begitu pesat sekali dengan kadar peningkatan antara 6-7% setahun, tiada penurunan. Malah Forrester menjangkakan peningkatan sebanyak 8% untuk tahun 2013 dan 2014

sumber: Forrester Research

Trend’ tersebut sebenarnya telah sampai ke Malaysia sama ada anda sedar atau tidak. Mudahnya menjual produk fizikal secara ‘online’ sekarang hanya kerana kesedaran, literasi dan kebolehpercayaan pengguna kepada sistem pembayaran online. Lihat sahaja jumlah transaksi jualan produk fizikal yang dilakukan menggunakan platform ‘Sinar Niaga’ yang masih baru dilancarkan sudah mencecah RM247,922.16 (setakat artikel ini ditulis).

Ya, betul! Rezeki untuk anda. Cuma anda kena tahu bagaimana caranya dan apa platform yang boleh anda gunakan. Tahukah anda, makanan tradisional Jawa iaitu ‘tempe’ juga dijual secara online!

Anda dah nampak potensi ‘lubuk duit’ ini? Pengguna Malaysia sudah mula beralih ke pembelian secara online, mereka sudah mula ‘mudah’ mengeluarkan wang secara online dan yang pasti mereka mencari produk secara online! Di sinilah peluang kita sebagai usahawan, sediakan keperluan yang mereka mahu…. DUSHHHH duit untuk kita!

Tak ada produk nak jual, rumah tak cukup besar nak simpan stok..

  • Solusi: Dropshipping

Tak tahu nak buat website, tak pandai… isk

  • Solusi: Guna ‘platform’ sedia ada, tak perlu pening!
  • eBay, Lelong, Mudah.my adalah contoh platform

Takut nak buat, kena ada ‘guru’ tunjukkan

  • Solusi: hadir ke Seminar mereka yang pakar!

Semuanya terletak pada anda, tak ada alasan untuk tidak menjana pendapatan daripada internet untuk tahun 2012, kalau ada pun, itu adalah ‘alasan’ yang anda sendiri buat! Solusi semuanya sudah ada, pilih untuk akses solusi tersebut dan gapai matlamat anda!

Fokus artikel ini ditulis untuk menunjukkan potensi besar perniagaan produk fizikal di Malaysia dan ‘kesediaan’ pengguna internet mengeluarkan duit mereka membeli secara online. 10 tahun dulu memang sedikit sudah kerana tak ramai yang berani buat transaksi online, tapi kini ‘mereka’ sudah bersedia =)

——————-

Mengenai Penulis

Muaz Hadi berkelulusan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi dan kini dalam fasa akhir pengajian Sarjana dalam Bioteknologi. Beliau bergiat aktif dalam penghasilan dan penjualan produk secara online di pasaran Malaysia termasuk video, perisian dan ebook. Pada tahun 2010, beliau telah menggemparkan dunia perniagaan ebook apabila berjaya menghasilkan jualan mencecah 6 angka dalam masa yang singkat. Dikenali dengan tidak lokek berkongsi dan telah berjaya membantu usahawan lain dalam pelancaran produk mereka.

====================================

MINI SEMINAR EBAY & DROPSHIP…!

Siri Mini Seminar 2012 untuk niche produk fizikal, pihak PUIM akan membawakan kepada anda 2 lagi Penceramah Jemputan yang dipilih khas dengan pengalaman dan kejayaan dalam bidang ini iaitu Saudara Mohd Najib Asaddok & Saudara Adly Mukhtar. Mereka akan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang Perniagaan Ebay & Dropship.

  • Tarikh: 21 Januari 2012 (Sabtu)
  • Mini Seminar Ebay: 10.00 pagi –  1.00 petang
  • Mini Seminar Dropship: 2.00 petang – 5.00 petang
  • Pakaian: Smart Casual
  • Tempat Mini Seminar: Inspired Partners Training Center (IPTC), No. 48-M, Jalan hentian 2, Off Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang
  • Laman Jualanhttps://www.puim.my/puimbackupoct2016/mini-seminar (sah sehingga 21 Jan 2012)

Bagi anda yang ingin menyertai Mini Seminar ini, anda boleh membuat pembayaran melalui pautan di bawah (SEBELUM 21 Januari 2012);

<< KLIK DI SINI UNTUK KE RUANGAN PENDAFTARAN >>