Di dalam artikel “Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki Memiliki 4000 Pangsapuri Sewa”, kita telah nampak secara kasar bagaimana anda boleh menyusun pendapatan dan simpanan anda secara OPTIMUM.

 

Kajian Kes 1: Usahawan Internet Sambilan

Slide1

Seperti yang dijanjikan dalam artikel lepas, jom kita tengok contoh ringkas bagaimana seorang usahawan internet sambilan menyusun pendapatan untuk memastikan duit bekerja lebih keras untuk beliau.

Majoriti usahawan internet bermula secara sambilan atau menjadikan perniagaan internet sebagai pendapatan tambahan.

Pendapatan Aktif

Di dalam contoh di atas, kita dapat lihat seorang pekerja makan gaji menambahkan pendapatan aktif dengan menulis ebook.

Lebihan duit makan gaji digunakan untuk membeli hosting, domain, servis rekaan minisite dan servis surat jualan bagi mempromosikan ebook.

Pendapatan Pasif

Hasil dari perniagaan ebook dan gaji, beliau telah menyalurkan sebahagian keuntungan untuk:

  • Mencari lebih ramai agen affiliate untuk memasarkan ebook beliau
  • Membina blog untuk menambah aliran pendapatan

Agen affiliate

Beliau menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk mengekalkan agen affiliate sedia ada & mengeluarkan kos pengiklanan untuk menarik agen affiliate baru.

Dengan lebih ramai agen affiliate, masa yang beliau perlu luangkan untuk pemasaran ebook dapat dikurangkan dan jumlah jualan dapat ditingkatkan.

Blog

Beliau juga menggunakan hasil dari pendapatan aktif dengan menghadiri bengkel menulis blog, mengeluarkan kos membina blog dan seterusnya memuatkan perkongsian di blog tersebut.

Dengan membina blog yang popular, beliau dapat menjana pendapatan pasif berbentuk pengiklanan, menjadi agen affiliate dan pemasaran ebook tulisan beliau sendiri.

 silverbar_small

Simpanan

Pendapatan pasif bersih yang dijana melalui affiliate dan blog barulah diketepikan dalam bentuk syiling perak untuk simpanan jangka panjang (3-7 tahun).

Ini kerana, melalui kajian beliau, simpanan dalam bentuk perak:

  1. Mengekalkan kuasa membeli
  2. Menjadi pelindung kepada krisis matawang kertas
  3. Menjana keuntungan modal (capital gain) kerana perak berada di dalam pasaran menaik (“mega uptrend” atau “bull market”)

 

Kajian Kes 2: Usahawan Internet Menjual Produk Fizikal

 Slide2 

Pendapatan Aktif

Mari kita tengok pula contoh usahawan internet yang menjual produk fizikal melalui blog, laman web atau facebook. Majoriti pendapatan aktif dijana melalui jualan pelabagai produk dari syarikat jualan langsung di mana beliau menjadi pengedar.

Pendapatan Pasif

Hasil dari jualan produk kesihatan boleh dilaburkan semula untuk meningkatkan pangkat di dalam syarikat jualan langsung. Ini boleh dilakukan dengan menjadi stokis dan melatih pengedar-pengedar baru di bawahnya cara efektif menjual produk fizikal melalui intenet.

Secara tidak langsung, beliau menerima pendapat pasif melalui komisyen jualan pengedar yang menjadi downline beliau. Masa beliau juga banyak dapat dijimatkan kerana beliau bertukar daripada penjual kepada jurulatih kepada pengedar-pengedar baru.

 goldjewelry_small

Simpanan

Dalam kes ini, peniaga tersebut memilih emas sebagai simpanan jangka sederhana ke jangka panjang kerana:

  1. Emas mengekalkan kuasa membeli
  2. Emas boleh menjadi pelindung kepada krisis matawang kertas
  3. Emas boleh dipajak sebagai pinjaman untuk digunakan sebagai modal pusingan membeli stok baru terutama sekali semasa syarikat jualan langsung melakukan promosi.

Di dalam kedua-dua kajian kes di atas, emas dan perak digunakan sebagai simpanan jangka panjang kerana kemampuan logam-logam tersebut mengekalkan nilai.

Dalam artikel akan datang, kita akan membincangkan lebih lanjut persamaan ciri-ciri emas dan perak yang utama iaitu sebagai ALAT PENGEKAL NILAI.

 

Gambar emas: https://www.flickr.com/photos/hen-magonza/4256649637/in/set-72157622943111953/

Gambar perak: https://www.flickr.com/photos/lawrence_chard/6930555806/