Semenjak kecil, anda telah memulakan perjalanan dalam membentuk peribadi masing-masing, melalui didikan ayah dan ibu. Kemudian, tidak berhenti di situ, anda mula melangkah ke alam persekolahan dan seterusnya jika berkesempatan hingga ke menara gading. Jika tidak, cara lain diteruskan asalkan ilmu terus dituntut. Ilmu di dunia dan di akhirat terlalu meluas. Memang tidak akan menang tangan untuk mengaut kesemuanya. Tetapi, anda boleh buat yang terbaik!

Kini, terma ‘Personal coaching’ sering disebut-sebut. Apa kelebihannya? Apa perbezaan personal coaching dengan menghadiri sesi beramai-ramai di dalam satu dewan yang besar? Tujuan asalnya memang sama iaitu untuk menimba ilmu tentang sesuatu perkara. Tetapi, selepas acara secara berkumpulan, memang disarankan agar anda memilih untuk menjalani sesi personal coaching kerana ia lebih bersifat peribadi. Sesi yang dijalankan selalunya secara individu. Oleh itu, masa dan waktu itu difokuskan hanya terhadap anda!

Keistimewaan personal coaching terletak kepada taktik yang mereka gunakan dalam ‘mengeluarkan hasil diri anda yang terbaik’, iaitu melalui :

  1. Mengajar anda melalui keistimewaan dan kepentingan individu
  2. Sentiasa memberi galakan
  3. Memberi cadangan kepada jalan penyelesaian yang dicari
  4. Menunjukkan contoh bagaimana cara terbaik boleh dilakukan
  5. Sentiasa berniat membangunkan minat anda
  6. Sentiasa mengikuti perkembangan anda dari masa ke semasa dengan penuh minat

Potensi diri anda yang selama ini mungkin tersembunyi, dapat dicungkil sekiranya anda mempunyai personal coach. Menarik? Ya, setiap individu mempunyai kelemahan dan kekuatan serta keistimewaan yang tersendiri. Tugas utama personal coach adalah untuk anda menyedari kekuatan anda dan menggunakannya sehabis baik. Dengan ini, anda akan lebih fokus dengan tujuan anda tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Personal coach anda adalah seorang guru, mentor, consultant dan yang terhebat, sebagai seorang rakan yang sentiasa memberi galakan yang positif terhadap anda!

Semoga berjaya menjadi diri anda yang terhebat bersama Personal Coach anda!