Produk apa pun pasti terjual di internet. Cepat atau lambat ianya berbalik kepada kaedah pemasaran anda. Ada produk yang sangat bagus tetapi lambat ‘boom’ dan ada produk yang ‘biasa-biasa’ cepat pula sukses jualannya.

Asalkan anda jalankan pemasaran dengan berterusan dan wujudkan golongan pembeli awal (sedikit), berikan ‘support’ yang bagus kepada mereka, puaskan hati mereka, percayalah mereka akan menjadi ‘benih’ untuk anda sampai kemuncak jualan.

Mengikut teori ‘Diffusion of Innovation’ oleh Everett Rogers, pembeli awal ini boleh dibina dengan memberi penekanan kepada 5 perkara asas iaitu

  • Awareness
  • Interest
  • Evaluation
  • Trial
  • Adoption

DiffusionOfInnovation

Anda boleh baca teori ini di sini dan lihat bila kemuncak jualan produk anda akan tiba

Berbalik kepada produk yang boleh dijual di internet, ianya merangkumi hampir apa sahaja yang boleh dijual secara ‘offline’. Produk fizikal khususnya adalah bentuk produk yang sudah menjadi darah daging kita sejak dahulu lagi berbanding produk digital yang baru sahaja berkembang. Dalam kata yang lain, penerimaannya adalah lebih mudah berbanding digital.

Jualan Produk Fizikal

Kepelbagaian produk yang dijual di internet memberikan refleksi yang barangan fizikal sudah diterima pakai dalam urusniaga secara ‘online’ sebagai alternatif kepada jualan secara konvensional. Sebagai contohnya Amazon dan eBay, ianya adalah satu platform untuk penjual produk dan peluang untuk orang awam menjana pendapatan dengan mempromosikan produk fizikal yang dijual di sana. Kadang kita tidak boleh jangka apa yang dimahukan oleh pembeli

amazon

Antara produk di Amazon.com

Anda boleh semak barang-barang yang dijual di Amazon mahupun eBay, pelbagai jenis kadang yang tidak masuk akal atau yang kita tidak pernah terfikir juga ada! Pasarannya besar sepadan dengan jumlah pengguna internet dunia.

Produk Fizikal di Malaysia

Di Malaysia, semangat keusahawanan itu ada dan jika dilihat produk fizikal yang dijual di internet khusus pasaran tempatan sudah ada dan agak meluas. Jualan online secara konvensional dijual melalui laman web eCommerce seperti jualan pakaian dan peralatan khusus untuk ibu mengandung dan kanak-kanak oleh MyPermataHati

fizikal

Tetapi untuk memiliki kedai online sendiri seperti MyPermataHati mungkin agak sukar kerana ia memerlukan kemahiran teknikal untuk membina dan menguruskannya. Bagi yang ada asas, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi bagi yang tiada, sedikit kesukaran untuk bermula.

Jalan pintas atau yang kurang sedikit kesukaran pembinaannya adalah jualan melalui Facebook ‘Page’. Ianya seakan ‘trend’ sekarang untuk memiliki laman jualan sendiri di Facebook. Sebagai contohnya jualan cadar dan kuih yang dilakukan oleh Cadar2My dan Badam Rangup.

fizikal3

crunchy

Jika anda buat carian di Facebook menggunakan katakunci ‘cadar’ atau lain barangan anda akan dapati banyak ‘Pages’ yang dibina untuk jualan. Tahniah rakyat Malaysia yang suka berniaga!

Tetapi bagaimana pula untuk yang tiada kemahiran untuk bina laman eCommerce atau Facebook Pages?

Jangan Risau…!

Asal ada minat berniaga, solusi pasti ada untuk anda. Gunakan platform sedia ada yang membolehkan anda berniaga di sana. Jika untuk produk antarabangsa anda boleh gunakan Amazon dan eBay, di pasaran tempatan anda boleh gunakan Mudah.my

Anda hanya perlu masukkan iklan anda di sana dan ambil manfaat pengunjung yang besar di laman itu. Mudah.my adalah antara laman yang menerima jumlah pengunjung harian yang tinggi iaitu secara purata 140 ribu orang pengunjung.

mudahdotmy

Ada Apa Dengan Mudah.my

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), rakyat Malaysia yang berkunjung di media sosial seperti Facebook, majoritinya adalah datang untuk berjumpa rakan atau dalam skop yang besar untuk bersosial, sesuai dengan asas ‘media sosial’.

sosial

Ada yang bertanya jika begitu mengapa ianya dijadikan medium untuk berniaga? Jawapannya mudah, disana ada ramai orang, MUNGKIN mereka mahu membeli!

Tetapi di Mudah.my ianya berbeza. Konsep dan tujuan laman itu adalah untuk menjual dan membeli. Jadi pelawat pada majoritinya adalah penjual dan pembeli. Mengikut statistik sebelum ini berkaitan pengunjung Mudah.my, setiap seorang pelawat secara puratanya akan melihat hampir 20 kali atau 20 halaman iklan. Jadi kelebihan mendapat pengunjung yang ada keinginan membeli ada di Mudah.my menjadikan produk anda lebih mudah untuk dijual.

Pengunjung Mudah.my Berduit

Ianya adalah satu fakta yang tidak dapat disangkal. Pengunjung masuk ke Mudah.my untuk membeli. Di Mudah.my ramai peniaga yang jujur dan ada juga yang tidak jujur. Peluang untuk ‘menarik’ duit pelawat ini seharusnya diambil oleh peniaga yang jujur tetapi saban tahun jutaan ringgit di’tarik’ oleh peniaga yang tidak jujur. Jika RM3.5 juta berjaya di’tarik’ oleh peniaga yang tidak jujur pada tahun 2011, berapa banyak duit yang berjaya di’tarik’ oleh peniaga yang jujur (majoriti peniaga di sana)?

penipuan internetKes penipuan melibatkan aktiviti di Mudah.my

Duit Anda ada di Mudah.my

Ya, duit anda ada di Mudah.my jika anda memilih Mudah.my untuk berniaga. Jika anda ada produk untuk dijual, iklankan di sana. Kenapa biarkan ramai orang yang mahukan produk yang anda jual tertipu kerana anda peniaga yang jujur tidak mengiklankan produk tersebut di sana

Jika anda tiada produk tetapi mahu mengambil sebahagian duit daripada 140 ribu orang pelawat harian Mudah.my, anda boleh jadi agen atau pengedar produk sedia ada di pasaran dan iklankan di Mudah.my. Jika ianya terjual, komisen milik andakan?

Kesimpulan

  • Rakyat Malaysia sudah mula menjadikan pembelian produk fizikal di internet sebagai satu alternatif
  •  Jika anda mahu menjual, Mudah.my adalah satu platform terbaik dengan kualiti ‘tujuan’ pengunjung dan status ‘berduit’ pengunjung di samping jumlah pengunjung
  •  Jika anda tiada produk tetapi mahukan duit dengan berniaga produk fizikal, Mudah.my adalah satu platform untuk anda sebagai agen/pengedar produk

[ez_countdown day=”30″ month=”01″ year=”2013″ hour=”22″ min=”0″ sec=”0″ style=”dark” timezone=”+8″]

PUIM Webinar – PERCUMA

Rahsia Bisnes Tanpa Produk di Mudah.my

30 JANUARI 2013 | Jam 10 – 11 pm | Tuan Umar Taib

Kandungan bernilai Webinar 60 minit 

  • Pengenalan tentang Mudah.my
  • 5 Kelebihan berbisnes dengan Mudah.my
  • 3 Pantang larang Mudah.my
  • Beza BESAR pengiklanan biasa & Pro Niaga
  • Teknik Menjual walaupun anda tiada produk?
  • Cara mendaftar CEPAT dengan pembekal @ dropshipper

TERHAD untuk 100 ORANG SAHAJA. Daftar sekaang di https://www.puim.my/puimbackupoct2016/webinar-jualan-mudah-my/