Dalam artikel yang lepas dikongsikan mengenai ‘ideal flow’ bagaimana membina bisnes online melalui pendekatan membina komuniti. Persoalannya, kenapa anda perlu bina komuniti? Hal ini membawa anda kepada;

  • membina ‘database’ bakal pelanggan anda
  • membina ‘database’ pelanggan berulang anda
  • membina ‘kredibiliti’ anda
  • membina ‘kelompok kajian’ anda
  • membina ‘ibu maklumat’ penghasilan produk anda

‘Flow’ asasnya adalah;

'Flow' Strategi 2013 Buat Duit di Internet

‘Flow’ Strategi 2013 Buat Duit di Internet

 

Tapi bagaimana untuk membina komuniti anda? Ada pelbagai cara antaranya;

  • Bina ‘blog’
  • Bina ‘Facebook Fanpage’
  • Bina ‘mailing list’ anda
  • Bina ‘forum’ anda sendiri

Pilih mengikut kesesuaian anda atau buat semua sekali. Apa yang penting adalah anda meletakkan diri anda sebagai ‘pusat perhatian’. Tanamkan kepada mereka ‘anda’ adalah rakan, guru, penyelamat atau sebagainya yang menjuruskan anda sebagai ‘leader/advisor’ atau lebih mudah jika anda pernah tonton filem ‘Godfather’, anda sebagai ‘Godfather’ yang dihormati dan disegani.

Kita ambil contohnya begini, katakan anda mencari sebuah buku motivasi dan saya mencadangkan anda membeli buku tulisan ‘Insyirah Azhar’ seorang penulis baru. Pastinya anda akan berfikir lama atau terus sahaja menolak cadangan saya kerana saya bukan siapa-siapa dalam niche motivasi.

Tetapi jika yang mencadangkan itu adalah Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bagaimana anda melihat cadangan itu? Kemungkinan besar anda akan terus membeli tanpa mengkaji dahulu siapa ‘Insyirah Azhar’?

Contoh lain, jika dalam niche kerjaya, graduan mana yang dapat menolak cadangan yang dibuat oleh ‘Hairi’, ‘Jobsmalaysia’ dan ‘my’. Mereka adalah pemilik laman blog, ‘mailing list’ dan Facebook Fanpage yang mempunyai pengikut yang ramai. Lihat sahaja antara pencapaian mereka dalam mempromosikan satu produk di internet sebagai agen affiliate

kredibiliti

Pendapatan mereka mencecah 5 angka dengan hanya mencadangkan produk kepada komuniti mereka.

Ambil perspektif yang lain bagaimana membina produk dari komuniti yang telah anda bina. Anda tahu apa masalah mereka, anda tahu apa kehendak mereka dan mula bina produk yang membantu mereka mencapai impian/kehendak mereka. Pastinya mereka menantikan produk anda kerana ianya dibina atas kehendak mereka!

Anda nampak bagaimana dengan MEMBINA komuniti memainkan peranan yang penting dalam menjana pendapatan dari internet anda?

Isunya adalah BAGAIMANA?

  • STEP 1: Plilih market anda
  • STEP 2: Buat kajian secara umum siapa bakal pelanggan anda
  • STEP 3: Siapkan platform anda (blog/fanpage/autoresponder etc)
  • STEP 4: Tarik pelawat (percuma/berbayar)
  • STEP 5: Komunikasi dengan mereka (masalah/kehendak/impian mereka)
  • STEP 6: Bina produk anda hasil komunikasi anda dan mula menjual!
  • STEP 7: Kira keuntungan anda!

Strategi menjual

Setelah selesai komunikasi anda dengan mereka, kumpulkan semua data dan keluarkan satu repot/video dan berikan PERCUMA kepada mereka. Tujuannya hanya satu, untuk meningkatkan kredibiliti anda kepada mereka.

Kuncinya adalah ‘ADD VALUE’ kepada mereka. Hasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi dan berikan secara percuma dan apabila tiba masa untuk anda menjual, mereka tidak akan berfikir banyak kerana anda sudah membina kebolehpercayaan dan kredibiliti anda melalui repot percuma tadi

Ianya boleh dilakukan

YA, ianya boleh dilakukan dan percayalah ianya mudah untuk dilakukan. Ini adalah contoh maklumbalas yang saya dapat daripada komuniti saya satu ketika dahulu;

hasilsurvey

Maklumbalas Komuniti: Kehendak mereka

Banyak maklumat yang saya dapat daripada maklumbalas ini yang saya lakukan melalui survey. Semuanya adalah kehendak komuniti saya dan saya pasti ianya mewakili hampir keseluruhan mereka. Hasil maklumat ini saya berjaya hasilkan banyak produk percuma (bina kredibiliti) dan beberapa produk berbayar.

Contoh 3 produk yang dihasilkan dari jawapan survey di atas;

produksurvey

Produk yang dihasilkan dari maklumbalas Komuniti

 

Bagaimana? Boleh? Sekali lagi, kuncinya adalah ADD VALUE kepada komuniti anda dan di sanalah laluan keuntungan anda.

Tahniah untuk anda kerana membaca sehingga ke ayat ini dan ketahuilah, anda sudah mengetahui rahsia besar yang disorokkan oleh usahawan internet daripada anda. Nantikan bahagian terakhir artikel ini minggu hadapan!