robertkiyosakinationalachieverscongress

Pada 29 Februari-31 Mac 2012, saya bertuah kerana dapat menghadiri National Achievers Congress di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Speaker utama di dalam acara tersebut ialah Robert Kiyosaki, penulis bestseller Rich Dad, Poor Dad.

Antara perkongsian hebat beliau ialah bagaimana beliau menyusun pendapatan secara optimum sehinggakan beliau dapat memiliki 4000 hartanah pangsapuri sewa.

 

Kerangka Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki

Untitled-1

Rajah di atas melambangkan aliran tunai dari satu aset ke aset seterusnya. Beliau mempunyai syarikat antarabangsa yang mengedarkan produk pendidikan kewangan. Perniagaan ini adalah PENDAPATAN AKTIF beliau.

Pendapatan lebihan dari pendapatan aktif disalurkan untuk membeli pangsapuri sewa yang sudah melebihi 4000 buah setakat ini. Beliau juga menerima PENDAPATAN PASIF dari francais buku Rich Dad Advisor’s.

Dengan membina aset yang menjana PENDAPATAN PASIF, beliau telah memastikan bahawa:

  1. Aset lain dibina dari lebihan pendapatan aktif
  2. Saluran pendapatan dipelbagaikan (multipl streams of income)

 

Apa bentuk simpanan Robert Kiyosaki?

Kalau kita lihat dengan teliti rajah di atas, beliau tidak menyimpan tunai untuk jangka panjang. Wang tunai digunakan sama ada untuk perbelanjaan bulanan, pembiayaan kos syarikat, membeli aset hartanah atau ditukarkan kepada bentuk komoditi.

saversarelosers

 

Matawang kertas TAK BERNILAI?

Menurut beliau juga, “Savers are Losers”. Maksudnya: penyimpanan matawang kertas untuk jangka panjang yang bertujuan untuk digunakan untuk pencen adalah tindakan tidak bijak dan merbahaya.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada gunanya menyimpan matawang kertas sebab nilai matawang kertas US Dollar terus menurun sejak 1971.

 

Nilai matawang kertas terus menurun sebab…

  • Cetakan matawang kertas US Dollar tidak bersandarkan emas. Tanpa disandarkan kepada emas, matawang kertas boleh dicetak sewenang-wenangnya mengakibatkan penurunan nilai matawang tersebut.

 dollarpurchasingpower

  • Matawang kertas dicetak sewenang-wenangnya mengakibatkan lambakan matawang kertas. Lebih banyak matawang kertas, lebih rendah nilainya menyebabkan kuasa membeli semakin kurang. (Perasan tak barang makin mahal?)

Kerangka Strategi Pendapatan ANDA

Untitled-2

 

Tindakan Anda:

  1. Senaraikan Pendapatan Aktif Anda dan Jumlah Pendapatan
  2. Senaraikan Pendapatan Pasif Anda dan Jumlah Pendapatan
  3. Senaraikan Simpanan Jangka Panjang Anda dan Bentuk Simpanan

Ambil satu kertas kosong dan mula senaraikan kesemua kategori di atas supaya anda boleh lihat gambaran kasar situasi anda sekarang.

Matlamat anda sekarang ialah untuk merancang kewangan anda supaya boleh disalurkan kepada aktiviti yang boleh membuat wang anda bekerja lebih kuat dari segi penjanaan dan perlindungan kekayaan.

Di dalam artikel akan datang, kita akan membincangkan kajian kes bagaimana seorang usahawan internet merangka strategi pendapatan beliau.

Klik pautan untuk post: Kajian Kes Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki 

Gambar dari https://cdn.theborneopost.com/newsimages/