Hari ini kita sentuh topik ‘Bagaimana menarik duit ke dalam hidup anda’. Topik yang menarik? Bila sebut perkataan magik ini, memang ramai akan membulatkan mata, membesarkan lubang telinga mahupun memanjangkan leher jika boleh. Memang banyak pepatah mengatakan, duit bukan segala-galanya, tetapi hakikat yang perlu kita semua akui, dengan ada duit, sebanyak mana yang kita mahu, mengikut kehendak masing-masing, boleh memberikan kebahagiaan. Tidak dimaksudkan materialistik, cuma keperluan duit ini bergantung kepada individu.

Jadi, bagaimana nak ‘tarik duit’? Sebenarnya mudah untuk berbuat demikian. Kuasa minda anda perlu digunakan. Bagaimana?

  1. Fokus kepada ‘kemewahan’ – Tiada salahnya melihat kepada harta benda yang mewah dan terasa seakan-akan tidak mungkin kita kecapi. Ini tanggapan yang perlu diperbetulkan. latih diri kita. Rajinkan diri sentiasa melihat kemewahan orang lain dan tanya pada diri sendiri. Jika mereka boleh, anda juga boleh! YAB Datuk Dr Maznah Hamid sentiasa tegaskan kepada saya, dahulu sewaktu beliau hanya seorang guru mengajar anak-anak orang kaya, beliau selalu mengambil kesempatan bergambar di hadapan kereta, kolam atau rumah mewah mereka. Kini, impian beliau telah menjadi kenyataan!
  2. Gunakan kuasa imaginasi – Gunakan kuasa imaginasi anda. Bayangkan anda sedang mendiami kediaman yang diimpikan. Mungkin sebuah rumah banglo, mahupun penthouse serta berhadapan dengan pantai yang indah permai. Apa sahaja yang anda impikan. Kenyataan bermula dengan imaginasi. Imaginasi yang anda sentiasa bayangkan dengan penuh perasaan yang ia akan menjadi realiti.
  3. Cipta perasaan gembira – Percaya atau tidak, bila kita dalam mood gembira, duit senang tertarik kepada kita? Buangkan jauh-jauh perasaan susah hati mahupun sikap negatif dalam mencari rezeki. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Jika ada perasaan susah hati, cuba senyum lebar-lebar. Dan lemparkan semula senyuman manis anda kepada yang lain! Jangkitan senyum anda itu, akan membawa rezeki!
  4. Selalu melihat benda-benda yang menjadi kegemaran – Anda gemarkan kereta BMW? Mahupun menikmati penerbangan kelas pertama bersama Malaysia Airlines? Macam mana pula rumah yang tersergam indah di tepi pantai seperti milik artis barat di luar Negara? Ema sentiasa impikan bekerja sendiri dari rumah yang mengadap kolam renang. Alhamdulillah, kini ia bukan lagi angan-angan!
  5. Sedekah – Percaya kepada kuasa sedekah. Tangan yang memberi adalah yang terbaik. Yang penting ikhlas. Pernah terjadi kepada diri sendiri. Ema menghulurkan sumbangan yang tidak berapa banyak cuma sekeping RM10 untuk MAKNA, sewaktu pergi ke sebuah pusat membeli belah. Memang ikhlas! Tidak disangkakan, petang itu berakhir dengan jualan produk sebanyak RM4,000.00! Alhamdulilah. Cuba sendiri… yang penting, ikhlas dari hati.

Senang sahaja! Selamat mencuba.