Grup FB PUIM merupakan grup yang aktif dengan golongan usahawan dan mereka yang mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui Internet.
Jadi bagi anda yang mempunyai produk atau servis ingin ditawarkan pada ahli grup ini anda perlu mengikut beberapa syarat berikut:
Iklan yang TIDAK dibenarkan sama sekali:
- Iklan yang tidak berlandaskan perniagaan sebenar seperti sistem autodownline, skim cepat kaya, atau pelaburan yang tidak sah.
- Iklan yang meragukan seperti hasil penggunaan sesuatu barang tidak kira ubat, program atau sebagainya.
Iklan yang dibenarkan pula ialah:
Kos pengiklanan ialah RM5 untuk 5 hari (bagi Ahli Berdaftar PUIM) , dan RM10 untuk 5 hari bagi bukan ahli. Bayaran hendaklah dibuat kepada Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan hantarkan bukti pada salam@puim.my
- Menjual perkhidmatan atau menawarkan servis untuk program yang telah dijalankan.
- Mempunyai unsur-unsur jelas dan tidak ragu-ragu dalam pengiklanan yang mungkin boleh memudaratkan salah satu pihak.
Iklan yang percuma pula seperti:
- Meminta servis atau produk yang mungkin anda mahu atau perlukan.
- Mencari rakan JV, atau melancarkan program dan perlukan khidmat bantuan rakan lain.
kalau da tetapkan yuran bagus la, tak da la banyak orang nak sale je manjang dalam tu.. tapi bro kene usha jugak, sebab ada yang masih promote tanpa orang lain sedar..
Terima kasih atas feedback. 🙂 InsyaAllah.
berminat nak iklan di group ni tapi masih keliru beberapa perkara..bayar dulu baru post iklan atau post dulu baru bayar?..mungkin boleh terangkan langkahnya lebih terperinci :)..maaflah bertanya saya ni budak baru nak belajar
Kami akan buka semula dengan lebih jelas dan
terperinci. Terima kasih.
Perlu masa dalam 72 Jam dari sekarang.
blh emelkan detail,mcm mane nk buat iklan kt fb puim dgn segera,tq=)
salam,
mcmaner saya nak join jadi ahli PUIM ini? TQ
Tuan Gero,
Mohon maklumat lanjut mengenai pengiklanan ini terutama no akaun bank.
Terima kasih.