Grup FB PUIM merupakan grup yang aktif dengan golongan usahawan dan mereka yang mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui Internet.

Jadi bagi anda yang mempunyai produk atau servis ingin ditawarkan pada ahli grup ini anda perlu mengikut beberapa syarat berikut:

 Iklan yang TIDAK dibenarkan sama sekali:

  • Iklan yang tidak berlandaskan perniagaan sebenar seperti sistem autodownline, skim cepat kaya, atau pelaburan yang tidak sah.
  • Iklan yang meragukan seperti hasil penggunaan sesuatu barang tidak kira ubat, program atau sebagainya.

Iklan yang dibenarkan pula ialah:

Kos pengiklanan ialah RM5 untuk 5 hari (bagi Ahli Berdaftar PUIM) , dan RM10 untuk 5 hari bagi bukan ahli. Bayaran hendaklah dibuat kepada Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan hantarkan bukti pada salam@puim.my

  • Menjual perkhidmatan atau menawarkan servis untuk program yang telah dijalankan.
  • Mempunyai unsur-unsur jelas dan tidak ragu-ragu dalam pengiklanan yang mungkin boleh memudaratkan salah satu pihak.

Iklan yang percuma pula seperti:

  • Meminta servis atau produk yang mungkin anda mahu atau perlukan.
  • Mencari rakan JV, atau melancarkan program dan perlukan khidmat bantuan rakan lain.