Majlis Berbuka Puasa PUIM 2014

Lebih 220 peserta hadir dalam Majlis Berbuka Puasa 2014 anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dengan kerjasama Pejuang Hartanah, Wangcyber, Majalah Niaga dan Promedia. Majlis ini mengumpulkan usahawan-usahawan yang mempunyai motivasi tinggi mengembangkan perniagaan mereka bersama dalam komuniti besar PUIM.

Ianya bukan majlis berbuka puasa tetapi program khusus yang disusun untuk memberikan input prima mengenai perkembangan dalam industri perniagaan internet Malaysia. Peserta didedahkan dengan;

  • Perkembangan terkini perniagaan internet di Malaysia
  • ‘Projection’ bakal ‘trending’ dalam perniagaan internet dengan mengambil contoh apa yang sedang berlaku di Jepun
  • ‘Simple Marketplace’ dalam ‘mobile phone’ dengan mengambil contoh group ‘Whatsapp IftarPUIM’
  • Hebahan ‘Snap&Sell by Maybank’ untuk dimanfaatkan
  • Fakta dan data arah tuju eCommerce Malaysia dan bagaimana ianya bermanfaat untuk kita
  • Hebahan inisiatif kerajaan berkaitan geran dan pinjaman
  • … dan banyak lagi!

ahyat

Dinamik penganjuran dilestarikan dengan sesi khas oleh Pejuang Hartanah iaitu Tuan Ahyat Ishak yang membuka minda dan jalan untuk usahawan internet membina kekayaan hasil keuntungan perniagaan internet. Ianya disusun khas dan memberikan semangat hebat dan senyuman kepada majoriti peserta

rafizam

Memberikan keseimbangan pada perjalanan majlis, Tuan Rafizam Mohamed penulis buku ‘Kaya Dunia Akhirat‘ terbitan Rightbook Publication memberikan input kerohanian kepada semua peserta yang secara ringkasnya tidak meninggalkan akhirat kerana mengejar dunia. Seimbangkan keduanya untuk kekayaan hakiki. Buku ‘Kaya Dunia Akhirat’ dihadiahkan percuma untuk semua peserta.

airmata

Untuk lebih kepada sistem tindakan, kutipan derma bagi baju raya anak-anak yatim digerakkan. Diketuai oleh sekretariat dari ‘Program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata‘, Tuan Ahmad Sa’abun menerangkan tentang program yang telah dijalankan iaitu menyediakan baju raya baru untuk anak-anak yatim seluruh Malaysia melalui pusat-pusat anak yatim

presiden-puim

Mudah-mudahan program ini memberikan input yang besar dan yang paling utama adalah ianya berjaya mewujudkan ruang perjumpaan santai kepada Komuniti Usahawan Online di Malaysia. Syabas untuk semua!