Sempena cuti sekolah, PUIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan sesi kelas santai khas dengan tajuk ‘Pemasaran Email’. Ianya khas untuk yang baru nak bermula dalam pemasaran email. Sesi berlangsung pada 16 Mac dan dikendalikan oleh Tuan Muaz Hadi. Ianya telah dibahagikan kepada 2 sesi pada hari tersebut;
- Sesi diskusi asas
- Sesi klinik teknikal
Untuk sesi asas, peserta didedahkan dengan bagaimana yang dikatakan pemasaran email yang sebenar. Dari segi mendalami prospek, menyiapkan ‘umpan’ dan seterusnya menyiapkan laman untuk mengumpul database.
Pada sesi klinik pula ianya dilangsungkan selepas seleasi sesi asas. Sesi ini khas untuk pengguna sistem autoresponder yang mempunyai masalah dalam memahami cara penggunaan dan bagaimana flow yang betul dalam autoresponder tersebut.
Satu sesi yang padat dan sangat bermanfaat untuk peserta yang hadir