Ketika mahu mengeluarkan produk, produk digital khususnya, akan ada banyak gangguan. Selain faktor luaran, faktor dalaman juga sering menjadi penghalang. Itu adalah penghalang yang paling susah sebenarnya dan yang paling tragis sekali ianya adalah daripada kita sendiri.

Saya suka ambil contoh saya sendiri tentang bagaimana pengalaman saya sendiri dalam menghasilkan produk digital pada awalnya menghadapi pelbagai masalah hasil ‘monolog’ saya sendiri atau dalam bahasa pakar motivasi ianya dikenali sebagai ‘little voice’. Itu yang merosakkan dan melambatkan saya ketika itu. Sebenarnya apa yang saya perlukan ketika itu adalah keyakinan dan ada orang ketiga yang mengatakan kepada saya, “Muaz.. boleh buat, tak ada masalah, jalan je!”

Saya jumpa ‘orang ketiga’ itu dan di sinilah saya 🙂

Jika anda ada idea dan mahu keluarkan produk tetapi terhalang kerana anda lihat dalam market, produk tersebut sudah ada. Jangan kecewa, ada jalannya. Saya mahu jadi ‘orang ketiga’ itu untuk anda.

Produk sedia ada, bagaimana untuk anda bersaing dengan mereka. Langkah pertama yang anda harus ambil adalah, katakan kepada diri anda, “Aku mahu buat juga produk ini!”

Kredit gambar: startyourownsmallbiz.com

Kredit gambar: startyourownsmallbiz.com

Pada ketika ini baru saya mahu jadi ‘orang ketiga’ itu untuk kongsikan jalan untuk anda! Ok, bagaimana untuk bersaing, produk seperti produk yang anda nak hasilkan dah ada di pasaran

Cara 1
Bersaing sebagai ‘produk baru’. Jika sudah ada produk yang dah lama dan terkenal di pasaran, anda bersaing dengan mengenengahkan anda sebagai produk baru yang ‘fresh’. Teknik baru, pendekatan terkini. Produk lama mungkin sudah lapuk dan anda datang sebagai solusi baru. Ketengahkan poin ini.

Cara 2
Bersaing sebagai produk baru yang lebih spesifik (mendalam). Anda masuk market sebagai satu entiti produk yang lebih detail maklumat. Sebagai contoh produk mengenai ‘pemasaran Facebook’ telah dikeluarkan, anda keluarkan produk ‘pemasaran Facebook cara paling jimat’ atau ‘Optimasi Pemasaran Facebook’ atau apa sahaja yang lebih dalam kajian dan penyampaian anda.

Cara 3
Bersaing dengan kekurangan pesaing’. Anda beli produk pesaing anda dan kaji kelemahan produk tersebut. Hasilkan satu produk baru yang lebih sempurna hasil penelitian anda terhadap produk tersebut. Bukankah produk anda sudah berganda lebih baik daripada produk pesaing?

‘Pelanggan dah beli produk lama, takkan dia nak beli lagi produk aku yang lebih kurang sama’

Itu ‘little voice’ negatif anda. Abaikan. Terus buat! Tahukah anda, jika seseorang itu minat dalam mendalami ilmu atau mencari solusi berkaitan ‘Facebook’ contohnya, apa sahaja produk berkaitan Facebook akan dibeli olehnya. Jadi tidak mustahil pelanggan produk sedia ada akan juga membeli produk anda. Tak perlu risau!

Ok? Dalam skop kajian pesaing ini yang anda perlukan. Tetapi jika dalam skop market dan pelanggan ada faktor lain yang kita kena perhalusi. Ianya lebih kepada kaedah penyampaian atau bagaimana kita mendekati pelanggan dengan bahan promosi kita. Lain peringkat pelanggan, lain cara prmosi kepada mereka dan ini adalah dalam skop ‘Market Sophistication’ yang akan kita bincangkan dalam artikel seterusnya.