Salam semua apa khabar? Sekarang dah 2013, cerita pasal Azam pun saya dah penat dengar, dan hari ini dan kali ini saya ingin berkongsi mengenai 3 rahsia besar yang perlu anda fahami untuk menentukan kejayaan dalam hidup. Saya panggil ini segitiga kejayaan.

Seperti saya tunjukkan dalam gambarajah disebelah ada 3 perkara utama dalam menentukan kejayaan kita iaitu:

  1. Right You
  2. Right Time
  3. Right Vehicle

Saya ambil pengalaman ini dari training dan seminar yang saya jalani, jadi eloklah saya berkongsi serba sedikit dengan anda semua. Mungkin akan memberi manfaat pada anda.

Saya akan mulakan dari yang pertama iaitu RIGHT YOU. Right you bermaksud orang yang sesuai untuk menerima tanggungjawap dan pendapatan. Ini juga bermaksud anda mesti bersedia menerima tanggungjawap dan juga menerima income selepas anda berusaha. Dan inilah paling penting sebenarnya, anda mesti bersedia dengan sepenuh hati.

Dalam menjana pendapatan dalam perniagaan tidak kira online mahupun offline, anda mesti sedar bahawa anda mesti BERSEDIA.Iaitu bersedia mengambil peluang.

Dalam bersedia, anda perlu bersedia dari segi knowledge (pengetahuan) dan juga dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritual anda. Untuk mendapatkan RIGHT YOU 100% persediaan mestilah dilakukan sentiasa.

Persediaan Fizikal

Bersedia dengan menjaga makanan (diet) , beriadah (exercise) dan rehat yang cukup. Tanpa persediaan fizikal anda akan mudah penat dan tidak perform dengan sebaiknya. Anggap sahaja diri anda sebagai ahli sukan atau pun artis yang akan masuk pertandingan, jadi anda perlu bersiap dari segi fizikal anda. Anda mesti ingat, untuk mendapatkan duit anda perlukan energy, lagi besar duit lagi tinggi tenaga yang diperlukan. Jadi bersedialah dari segi fizikal sebaik mungkin.

Contoh kalau saya sendiri, saya sendiri akan bangun setiap pagi, dan terus lakukan senaman ringkas seperti tekan tubi dan juga melompat setempat. Dan saya akan pastikan paling kurang saya akan pergi ke gim sekali seminggu selama 2 jam sebagai permulaan. Perubahan yang dilakukan perlu berkala dan tidak terus kepada perubahan yang drastik. Yang paling penting konsisten dan bukannya gelojoh! 😀

Persediaan Mental

Saya bersedia dari segi mental, maksudnya dapatkan maklumat (knowledge) dari pada ebook / buku fizikal , training dan juga dari orang-orang yang saya jumpa. Begitu juga dengan anda, sentiasa anda update diri anda dari segi knowlegde topik (niche) anda sendiri. Jangan leka dan selesa apa yang anda sudah ada tetapi sebaliknya terus menerus cabar diri untuk tahu lebih banyak dan mempraktikkannya.

Persediaan mental lebih kepada persediaan dari segi maklumat dan informasi hasil research dan juga current situation. Sebagai contohlah, saya fokus dalam social marketing , buat masa ini saya terangkan pada orang ramai mengenai Facebook Marketing, apa yang saya fokus ialah saya sentiasa update diri saya dengan teknologi terbaru, news mengenai Facebook dan juga market prediction setiap tahun.

Antara yang komfirm bertukar pada 2011 ialah mengenai social shopping, dan dengan cara ada sistem retailing (shopping cart) dalam Facebook ini akan menambahkan lagi pengguna penjual produk fizikal dan digital menjual di Facebook. Dan sistem ini percuma, lagi mudah dan senang. Sudah tentu web e-commerce sedikit sebanyak akan menerima impak nanti!

Persediaan Emosi

Persediaan emosi bermaksud bersedia dengan emosi anda, bersedia untuk menerima tekanan kerja dalam masa suntuk, bersedia untuk menghadapi karenah pelanggan dan juga rakan niaga, bersedia dengan sentiasa memberi galakan emosi kepada team dan orang ramai.

Emosi memainkan peranan yang penting, sebenarnya apa sahaja yang kita buat dipengaruh oleh emosi. Emosi atau E-Motion atau bermaksud Energy In Motion adalah bermaksud pergerakan. Pergerakan emosi inilah kita patut terus guna untuk terus bersemangat dalam bidang kerjaya atau pun bidang perniagaan.

Contoh yang boleh saya berikan ialah kenapa saya teruskan apa yang saya buat ialah kerana saya rasa hidup saya ini tidak lengkap jika saya sentiasa fikirkan semuanya mengenai saya. Contoh apa yang saya taip ini pun kerana saya ingin berkongsi pengetahuan ini kepada anda. Mana tahu dari artikel ini anda lebih nampak jalan hidup anda. Jadi tindakan saya ini sebenarnya emosi diri saya yang saya perlu kongsikan ilmu kepada anda.

Antara contoh lain saya sentiasa kuat bekerja ialah saya ada anak isteri yang perlu saya jaga dan tanggung mereka setiap bulan. Jadi bukan sebab saya sahaja kenapa saya sentiasa bekerja, tetapi kerana anda semua dan juga tanggungjawap saya sebagai ketua keluarga. Bukankah cerita saya ini mengandungi emosi didalamnya? 🙂

Persediaan Spiritual

Persediaan secara spiritual juga penting, ada perbezaan sebenarnya dengan orang yang solat atau tidak, atau orang yang dekat agama atau tidak. Orang yang dekat agama lebih ‘centered’ atau lebih seimbang dari segi ketenangan dalam diri. Dari ketenangan inilah lebih banyak pertimbangan dan juga decision yang lebih bijak boleh dikeluarkan. Saya tidak mahu mengulas lebih panjang hal ini, cuma anda cubalah sendiri, betapa pentingnya spiritual dalam hubungan dan bisnes anda.

Mengenai yang kedua ialah RIGHT TIME

Right time bermaksud masa yang sesuai , jadi bilakah masa yang sesuai sebenarnya? Saya ingin jelaskan dari konteks ini terdapat 2 jenis right time, iaitu masa paling sesuai ialah SEKARANG (NOW!) , tiada right time untuk kita, saya sendiri tidak tahu bila saya meninggal dunia, bila saya sakit dan bila saya senang, itulah hakikatnya.

Teringat dari sabda Nabi Muhammad (S.A.W) , bekerja ibarat hidup 1000 tahun, beribadat ibarat esok nak meninggal. Jelas disini Right Time bermaksud sentiasa dalam keadaan buat yang terbaik. Dan ianya mesti dilakukan sekarang. Kenapa? Kerana jika peluang yang bersuaian datang (Right Timing) , anda terus GRAB peluang tersebut kerana anda sentiasa bersedia! Nampak tak?

Saya nak cerita satu cerita, dalam tahun lepas saya sentiasa pergi training di luar negara, dan saya sentiasa tambah modal insan (human capital) diri saya selain membaca buku dan bergaul dengan orang-orang yang sudah berjaya. Nak dijadikan cerita, pada akhir tahun lepas 2010, saya berjumpa dengan seorang kawan kepada kawan saya, dan beliau minta saya buat training untuk keusahawan siswa-siswi University, dan itulah dia, itulah timing yang saya perlukan, saya sudah bersedia bila-bila masa sahaja dan yang kedua peluang datang. Jadi RIGHT TIMING telah berlaku! 🙂

Dan paling akhir ialah Right Vehicle

Bila anda sudah bersedia dari segi Right You dan Right Time , anda perlukan juga apakah RIGHT VEHICLE untuk anda. Untuk pergi ke sesuatu tempat anda perlukan kenderaan, begitu juga perniagaan, anda perlukan apakah platform yang anda perlu gunakan. Saya menggunakan bidang Internet Marketing fokus kepada Facebook Marketing untuk saya gunakan sebagai kenderaan untuk mendapatkan Income.

Jadi anda pun perlu memilih benda yang sama, anda perlu ada bidang anda sendiri, jangan buat semua benda dalam satu masa. Sebaliknya buat 1 benda dan jadi expert dalam 1 benda tersebut. Ini kerana lebih lama anda fokus pada 1 benda, lebih value akan naik. Ini akan menguntungkan kedua belah pihak iaitu anda (pengeluar) dan juga customer (pembeli) produk anda.

Untuk berjaya paling penting ialah FOKUS, FOKUS, FOKUS . Anda mesti fokus satu bidang, master bidang tersebut dan bukannya sekejap cuba itu cuba ini. Itulah punca orang tidak berjaya, terlalu nak buat semua benda satu masa. Saya pun sama juga dahulu, akhirnya setelah mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bisnes, baru saya sedar fokus 1 bidang lebih penting dari buat semua benda separuh jalan.

Akhir kata, apakah anda sudah sedia (Right You?) , Bila anda nak bersedia? (Right Time) , dan apa fokus bidang anda? (Right Vehicle) , mari kongsi dibawah bersama saya, mungkin anda boleh lontarkan pandangan anda dan juga mungkin saya boleh bantu anda! 🙂