Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Internet World Stat, pengguna internet di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia mengikut nisbah jumlah penduduk. Jika di Thailand hanya 20% daripada jumlah penduduknya menggunakan internet dan Indonesia hanya 22.1%, Malaysia mencatatkan 60.7% atau lebih 17 juta penduduk yang menggunakan internet (17,723,000 orang)

Pada kacamata perniagaan internet, ianya adalah sangat bagus. Capaian kepada penduduk Malaysia adalah besar dan ini adalah satu medium efektif untuk menjalankan aktiviti jual beli. Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Abu Hasan Alshari Yahaya, pada tahun 2012 sebanyak 300 juta transaksi kewangan dengan nilai hampir RM15 trillion dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi saluran elektronik.

Semua ini disumbang oleh kecenderungan aktiviti ‘online’ rakyat Malaysia itu sendiri. Mengikut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disahkan dengan data dari Alexa.com, rakyat Malaysia;

  • Suka mencari maklumat di internet
  •  Aktiviti sosial (Facebook dll)

Pengguna Internet Malaysia

Data kepenggunaan internet 2011 oleh SKMM dan laman yang paling banyak dilawati rakyat Malaysia oleh Alexa

Dua aktiviti ini membawa makna ‘duit’ untuk pemasar internet.

  • Ada yang mencari, ertinya ada barang/produk/solusi yang boleh dijual dan
  • Ada aktiviti sosial seperti Facebook ertinya ‘ada kolam ikan untuk diletakkan kail bersalut umpan!

Berapa trillion ringgit daripada RM15 trillion disumbangkan oleh 2 aktiviti ini?

Untuk Pemasar Internet

Jadi kreatif dalam memasarkan produk anda. Terokai bagaimana memanipulasikan Google dan Facebook serta bagaimana untuk menukarkan 2 aktiviti utama pelayar internet Malaysia kepada duit!