hostingSejak 1999 saya telah memulakan perniagaan/khidmat pembangunan laman web untuk pelanggan-pelanggan saya. Sejak dari itulah juga ramai diantara kalangan pelanggan-pelanggan saya yang tidak tahu apa itu webhosting.

Kepada yang telah biasa membangunkan & memiliki laman web mungkin merasakan soalan ini terlalu mudah. Tetapi untuk mereka yang masih baru dalam dunia pembangunan laman web ini mungkin tertanya-tanya, apakah sebenarnya itu webhosting.

Berdasarkan pengalaman saya, apabila kita ingin membina atau memiliki sesebuah laman web, kita tidak boleh lari daripada 3 komponen utama berikut, iaitu:

  1. Nama Domain
  2. Akaun Web Hosting
  3. Laman Web(Minisite, edagang, blog, etc)

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas & mudah difahami, saya suka memberikan contoh perbandingan seperti berikut:

1) Nama Domain VS Pendaftaran Syarikat

Offline: Seperti kebiasaannya, sesiapa sahaja yang ingin berniaga, perlu mendaftar Nama Syarikat di SSM. Nama Syarikat seperti contoh ABC Enterprise atau ABC (M) Sdn. Bhd. merupakan Nama Syarikat yang didaftarkan dan bertindak untuk memperkenalkan Produk atau Perkhidmatan yang dibawa/disediakan oleh Nama Syarikat yang berkenaan.

Online: Didalam dunia online, kita perlu pula mendaftar Nama Domain. Nama Domain ini akan bertindak sebagai “BRANDING” atau JENAMA anda yang akan perkenalkan produk atau perkhidmatan diinternet. Nama Domain/Alamat URL atau LINK biasanya dalam format seperti contoh www.nama-syarikat.com, www.brand-anda.my dan sebagainya. Nama Domain ini memudahkan pengunjung laman web atau prospek mengunjungi laman web kita. Tujuan utama Nama Domain adalah sebagai Alamat Bisnes Kita di internet

Ringkasan: Perniagaan Online = Nama Domain, Perniagaan Offline = Nama Syarikat

2) Web Hosting VS Tapak Berniaga

Offline: Apabila kita telah mendaftar Nama Syarikat, untuk memulakan perniagaan kita perlu mempunyai kedai/Pejabat atau tapak untuk berniaga atau menjalankan bisnes. Tapak Berniaga ini biasanya kita gunakan untuk menyimpan/meletakkan/memaparkan produk atau perkhidmatan kita.

Online: Di internet pula, setelah mendaftar Nama Domain, kita perlu memiliki Akaun Web Hosting atau tapak laman web. Melalui Web Hosting inilah kita boleh menyimpan data-data laman web seperti fail html, php, gambar, video, audio dan sebagainya. Tujuan utama Web Hosting ini adalah untuk Menyimpan Data Laman Web dan Emel.

Ringkasan: Perniagaan Online = Akaun Web Hosting, Perniagaan Offline = Kedai/Tapak Berniaga

3) Laman Web VS Brochure

Offline: Setelah mendaftar Nama Syarikat dan memiliki Kedai/Tapak Perniagaan, peniaga juga perlu menyediakan maklumat produk atau perkhidmatan seperti menggunakan brosur/Banner/bunting dan sebagainya.

Online: Begitu juga dengan perniagaan online, setelah peniaga mendaftar Nama Domain & Akaun Web Hosting, peniaga online perlu pula memiliki atau membangunkan Laman Web untuk menyalurkan maklumat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung laman web/bakal prospek.

Kesimpulannya?

Kesimpulan daripada contoh perbandingan diatas, kita kini lebih faham bahawa Web Hosting adalah berfungsi sebagai Tapak di Internet untuk kita simpan data-data laman web kita. Tanpa Web Hosting, kita tidak boleh bangunkan & simpan fail-fail laman web kita. Umpama kereta yang tiada enjin untuk berjalan.

Selain daripada menyimpan fail-fail laman web kita, jika kita telah memiliki sekurang-kurangnya 2 komponen utama iaitu Nama Domain & Akaun Web Hosting, kita boleh mula menggunakan alamat emel atas nama brand/nama domain anda sendiri, contohnya ahmad@brand-anda.com atau sales@namasyarikat.my. Segala data-data emel anda akan disimpan didalam akaun web hosting.

Bagaimana Web Hosting Berfungsi?

Melalui gambarajah diatas dapat kita simpulkan bagaimana Web Hosting berfungsi.

  1. Kita perlu menyimpan fail laman web kita dalam Server Web Hosting
  2. Pengunjung mengunjungi laman web kita melalui alamat URL atau Nama Domain kemudian barulah laman web kita dipaparkan pada skrin komputer pengunjung/prospek kita.

Apakah teknologi yang digunakan oleh “Web Hoster”(Penyedia Perkhidmatan Web Hosting)?

Terdapat beberapa teknologi yang digunakan dalam menguruskan akaun-akaun web hosting pelanggan mereka. Antara teknologi yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Sistem Operasi
    – Linux, CentOS, FreeBSD, RedHat, atau Ubuntu
    – Windows Server
  2. Hosting Control Panel
    – cPanel
    – Directadmin

Diantara kedua-dua cPanel & Directadmin, cPanel adalah Sistem Hosting Control Panel yang paling ramai dan mudah digunakan. Oleh yang berkenaan, didalam artikel ini dan artikel-artikel yang mendatang berkenaan hosting saya akan fokus berkongsikan ilmu & pengalaman dalam menggunakan cPanel dalam menguruskan Akaun Web Hosting.

Apa itu cPanel?

cPanel adalah sistem yang digunakan oleh penyedia perkhidmatan hosting untuk digunakan oleh pelanggan-pelanggan menguruskan akaun web hosting mereka. Dibawah ini saya senaraikan beberapa fungsi-fungsi penting yang terdapat pada cPanel dalam menguruskan akaun hosting kita.

Fungsi yang terdapat pada cPanel (Control Panel akaun Web Hosting)

  • Upload Fail Laman Web
  • Tambah Nama Domain
  • Statistik Pengunjung Laman Web
  • Cipta Subdomain
  • Cipta & uruskan akaun Emel
  • Cipta & uruskan Pangkalan Data(Database) MySQL.
  • Status penggunaan saiz tapak web
  • Status penggunaan bandwith
  • dan banyak lagi…

KLIK SINI, untuk mencuba Demo cPanel.

User & Pass = demo

Senarai Syarikat-syarikat Penyedia Perkhidmatan Web Hosting di Malaysia.

Semoga bermanfaat.