Brand‘ , ‘Nama‘ atau lebih dikenali sebagai JENAMA ialah suatu yang sangat penting bagi sesebuah syarikat ataupun individu yang mahu kekal lama dalam satu-satu pasaran.

Saya tiada Jenama! Mungkin ramai yang kata begitu. Memang anda tiada jenama seperti jenama ubat gigi Colgate, jenama sabun Lux ataupun jenama minuman Milo. Kerana anda bukan benda ataupun produk. Tetapi, anda pasti ada ‘nama’. Nama anda adalah sebahagian daripada Jenama Peribadi anda.

Jenama sangat penting dalam industri perniagaan. Dalam perniagaan internet, jenama sangat penting untuk orang lain tahu apa kepakaran anda? Apa ‘purpose’ anda? Apa fokus anda? Kemudian barulah orang bertanya apa produk atau servis yang mereka boleh dapat dari anda.

Ini akan membantu orang ramai lebih mempercayai anda, seterusnya lebih mudah untuk berurusniaga dengan anda.

Jenama peribadi berkait rapat dengan ‘Nama’ dan ‘reputasi’ anda. Jika anda seorang usahawan internet, jenama anda dikaitkan dengan Reputasi Online anda.

Membina Reputasi Online

Apa akan terjadi bila seseorang membuat carian nama anda di Google?

Apa akan keluar bila seseorang google tentang anda?

Contohnya, bila seseorang hubungi saya bertanya tentang penulisan buku dan bagaimana untuk menerbitkan buku mereka. Perkara pertama saya lakukan, saya akan google nama hampir setiap orang sebelum saya berjumpa mereka, ataupun sebelum memberi apa-apa jawapan.

Tetapi, biasanya hasil carian google tentang mereka tidak jelas. Dalam kebanyakan kes carian nama di google, akaun Facebook akan keluar, selalunya dengan beberapa akaun facebook orang yang berbeza dengan namayang sama. Saya tidak yakin siapa mereka. Saya tidak jelas apa yang mereka lakukan.

google-rahman-baco

Gambar 1 : Contoh carian nama ‘Rahman Baco’ Google

 

Website Peribadi Membantu Membina Jenama Online

Jika anda mahu orang kenali jenama anda dengan mudah dan cepat, dan dapatkan gambaran yang jelas dan tepat tentang siapa anda dan apa yang anda lakukan. Anda mesti mempunyai sebuah Website Peribadi. Ada banyak cara yang MURAH dan MUDAH untuk membina Website Peribadi anda. Contohnya menggunakan ‘wordpress’ ( Seperti mana saya gunakan untuk bina website peribadi saya iaitu www.rahmanbaco.com )

Website Peribadi ini banyak membantu orang ramai untuk:

  • Mencari dan hubungi anda dengan cepat melalui Email, Twitter, LinkedIn ataupun Facebook.
  • Melihat kualiti penulisan anda, gambar ataupun kecantikan desain grafik anda sebelum hubungi anda.
  • Membaca reaksi orang lain mengenai servis atau produk anda melalui ruangan komen di blog.
  • Melihat aksi dan cara anda bercakap melalui video anda jika ada.
  • Mengetahui aktiviti, seminar ataupun ceramah yang telah dan akan anda adakan.
  • Muat turun contoh kerja anda ataupun sampel ebook anda.
  • ‘Subscribe mailing list’ anda, supaya anda boleh hantar tip ataupun info terkini mengenai aktiviti anda.

Di bawah, saya senaraikan beberapa contoh Website Peribadi Tempatan yang terbaik bagi saya. Mungkin boleh menjadi sumber Inspirasi untuk anda bina website peribadi sendiri nanti:

Website peribadi yang mana satu menjadi pilihan anda? Mungkin anda ada cadangan website perbadi lain yang menjadi pilihan anda. Cadangan anda sangat saya alu-alukan.

 

cover_brandyou

 

Saya banyak merujuk dan membaca buku ini “Brand You: Turn Your Unique Talents into a Winning   Formula” dalam usaha untuk membina jenama peribadi di Internet.

Hak Cipta Terpelihara © Rahman Baco. 2013.