Bagaimana anda mahu kembangkan perniagaan anda kalau anda tiada pelawat yang berminat dengan anda? Bagaimana pelawat mencari apa yang anda sarankan? Bagaimana anda membina MAGNET PELAWAT?

Dalam langkah 1 pemasaran Internet ialah anda MESTI BINA MAGNET PELAWAT anda. Apa yang dimaksudkan dengan Magnet? Sesuatu yang menarik pelawat datang ke laman web anda. Sebelum anda bina magnet ini, mari perhatikan apa yang perlu anda fokuskan.

Yang pertama ialah perhatikan apa aktiviti utama penggunaan Internet.

Pelawat 1

Tujuan penggunaan Internet di seluruh dunia dan fokus diatas di Malaysia khususnya didapati 91.9% digunakan untuk mencari maklumat. Kadar pencarian tinggi adalah mencari bagaimana hendak menyelesaikan masalah tertentu atau ‘how to’.

Dan dari kajian menunjukkan rata-rata menggunakan enjin pencari seperti google terutamanya.

 Pelawat 2

Jadi jelas ranking enjin pencari amat penting (Search Engine Optimization) , antara teknik popular ialah fokus kepada keyword density (kekerapan penggunaan kata kunci) di dalam tajuk, penulisan dan sebagainya. Jika keyword (kata kunci) di strukuturkan dengan betul maka secara tidak langsung akan memberikan ranking anda di page pertama dan menaikkan bilanga pelawat ke tempat anda. Saya akan bincangkan lebih mendalam selepas ini . 🙂

Magnet Pelawat

Magnet pelawat mengikut pemerhatian, pengalaman, dan pembelajaran saya ialah kandungan itu sendiri (Content). Kandungan yang pelbagai dapat membantu banyak dalam pemasaran bidang anda. (tidak kira apa bidang sekalipun).

Kenapa mesti Kandungan Pelbagai?

Dalam pemasaran pada masa kini, banyak pengguna telah BUTA IKLAN, kalau saya tanya anda, apabila anda lihat program dalam tv anda, dan ada iklan apa selalu anda buat? 98% dari penonton akan tukar kepada saluran lain atau bahasa mudahnya ‘langkau iklan’ tidak melihat.

Berapa ramai dari anda sebenarnya melihat iklan di tepi-tepi web dan terus klik untuk mengetahui lanjut. Peratusannya amat-amat rendah kerana beberapa sebab:

  1. Terlampau banyak sangat iklan disekeliling kita, di tv, laman web, radio, dan sebagainya sehingga menjadi lali.
  2. Outbound Marketing (Push Marketing) sudah kurang berjaya kerana wujudnya rangkaian sosial seperti facebook, dimana kebanyakan pengguna internet bertanya rakan lain (beribu rakan pada satu masa)  untuk mendapat pendapat mengenai sesuatu produk atau servis sebelum membelinya.
  3. Terlampau banyak maklumat percuma, boleh cari sahaja terus di GOOGLE dan YOUTUBE untuk mendapatkan maklumat tertentu.

Oleh itu secara tidak langsung, punca diatas memberi kesan ‘MABUK MAKLUMAT’ , maklumat terlampau banyak dan percuma , perlu masa pemerhatian untuk menyaring maklumat sebelum boleh diguna sepenuhnya.

Jadi ini secara tidak  langsung menjadi peluang besar kepada anda yang fokus pada bidang tertentu anda (niche). Dan dari sinilah anda boleh membina MAGNET PELAWAT.

Bagaimana Membina Magnet Pelawat

Magnet pelawat dibina dari kandungan pelbagai yang mempunyai nilai tinggi dari segi isi kandungan. Contohnya jika anda menjual pakaian bayi di web anda. Apa yang anda boleh bina untuk menarik pelawat ialah:

#1 Buat ‘blog post’ mengenai ‘bagaimana memilih pakaian sesuai untuk anak anda baru lahir’.
#2 Buat juga ‘Video’ percuma ’10 tips memilih pakaian sesuai untuk musim panas dan sejuk’
#3 Laporan ringkas mengenai ‘ Cara mengenalpasti jenis pakaian untuk mengelakkan ruam bayi’

dan lain lain lagi.

Pelawat 3

Apa yang diperlukan oleh ramai pengguna ialah bukan sahaja maklumat terkumpul, tetapi tersusun dan distruktur untuk mencapai matlamat tertentu. Dan disinilah datang minat pelawat apabila mereka melakukan carian di enjin pencari sudah tentu anda akan banyak keluar di enjin pencari kerana MAKLUMAT PELBAGAI anda tadi.

Fokus utama anda bina kepelbagaian kandungan maklumat anda, kalau anda perhatikan juga anda boleh buat kupon diskaun untuk menarik minat pelawat kepada laman web anda. Ini semua bergantung kepada kretiviti anda, lagi anda kretif dan pelbagai, lagi banyak pelawat akan datang kerana anda FOKUS dan Konsisten dalam kandungan anda. – Gero A.