Telah kita bincangkan pada topik lalu iaitu bagaimana membina pelawat. Oleh kerana pada 2013 akan banyak berlaku perubahan, dimana pengiklanan yang sesuai dalam Internet difokuskan kepada 2 utama, iaitu pemasaran melalui Google dan pemasaran melalui Facebook.

Dan untuk mendapatkan banyak pelawat ialah dengan membina ‘content’ yang kuat dengan pelbagaikan content anda dengan cara, buat blog post, video, laporan ringkas, kajian kes dan sebagainya.

Ini memerlukan masa untuk berkembang, oleh itu penggunaan medium berbayar seperti Google Adwords dan Facebook Ads adalah amat digalakkan.

Untuk Siri 2 ini kita teruskan ke , bagaimana pula pelawat anda ditukarkan menjadi prospek.

Pelawat yang datang ke laman web anda, tidak akan menjadi prospek anda selagi anda tidak dapat maklumat untuk hubungi mereka semula. Sekurang-kurangnya mesti mendapatkan email, nama, no telefon untuk membina senarai prospek anda.

Jadi fokus kedua ialah untuk mendapatkan maklumat pelawat anda, dan barulah itu dikenali sebagai prospek. Jadi dalam soal ini anda mestilah membina borang khas untuk menyimpan maklumat prospek anda.

Contoh Landing Page

Tetapi, oleh kerana sekarang ini banyak laman web meminta nama, email dan no telefon , maka secara tidak langsung dari masa ke masa memberi kesan pada pengguna Internet. Email sudah jadi privasi mereka!

Ini kerana dalam inbox pengguna telah banyak sangat email yang dihantar oleh pelbagai individu dan syarikat. Jadi disini saya sediakan tips-tips untuk meningkatkan kadar ‘opt-in’ anda. (memasukkan maklumat mereka ke sistem anda).

Isu pertama ialah: KEPERCAYAAN

Dalam perangkaan dan statistik dibuat untuk koresponden pengguna Internet oleh SKMM, didapati isu kepercayaan ialah soal utama dalam mempengaruhi tindakan pengguna Internet sekarang.

Antara cara paling baik ialah anda mesti menunjukkan KEPAKARAN anda dengan cara:

# Memasukkan testimoni mereka yang telah membeli produk atau servis anda sebelum ini.

# Menyatakan sijil atau anugerah yang telah anda menangi sebelum ini.

# Tunjukkan gambar-gambar anda menjalankan program atau aktivti sebelum ini.

# Masukkan juga ‘mengenai anda’ iaitu tonjolkan diri anda sebenar dalam ‘about us’.

Isu kedua ialah: TERLALU BANYAK MAKLUMAT

Biasanya kalau anda minta terlalu banyak maklumat untuk pelawat beri, ini akan membuatkan mereka kurang berminat. Jadi oleh itu, kurangkan minta maklumat. Contohnya minta email sahaja dahulu, dan kemudian baru anda minta no telefon dan nama mereka.

Namun ini bergantung kepada strategi anda,

Boleh ikuti formula berikut.

Lagi banyak maklumat anda mahu dari pelawat, lagi banyak faedah yang mesti anda tunjukkan kepada mereka. Iaitu lagi tinggi nilai yang perlu anda beri jika mereka beri nama, email dan no telefon mereka.!

Isu ketiga ialah: Tawaran Anda tidak menarik

Tawaran untuk anda beri sebagai balasan pelawat memberikan maklumat mereka tidak menarik akan membuatkan pelawat tidak memberikan maklumat pada anda. Buat kandungan yang baik seperti sangat berinformasi dan asli (bukan copy paste dari tempat lain).

Dan jangan lupa juga masukkan kata-kata menyuruh mereka untuk beri maklumat dengan memasukkan headline yang besar dan spesifik, tunjukkan dengan jelas faedah yagn anda berikan, dan buatkan pelawat rasa menerima ganjaran jika beri maklumat pada anda!

“Apakah laman web anda mempunyai sistem untuk menjadikan pelawat prospek anda?”

Dalam siri 3 akan membincangkan bagaimana menukar prospek kepada pembeli pula!

Jumpa lagi!