Menyorot kembali sejarah penghasilan ebook, ianya bermula seawal tahun 1969 yang membawa kepada ‘Project Gutenberg’ yang merupakan perpustakaan maya pertama dunia.  Ebook mula memasuki gerbang internet  di awal tahun 1990 tetapi sebagai entiti percuma dan bukan sebagai aset jualan. 13 tahun selepas itu iaitu pada 2003 barulah ianya mula dijual mengikut catatan kajian Marie Lebert (Toronto, 2009)

 

‘Timeline’ ebook dunia – Marie Lebert, University of Toronto, 2009

Pada pengetahuan penulis, jualan ebook bemula lebih awal sedikit iaitu pada penghujung 90-an tetapi ebook di pasaran global yang menjadi bualan kerana letupan potensi pulangan hasil jualan sekitar awal tahun 2000 dan seperti fakta ‘timeline’ di atas, ianya mula menjadi fenomena pada tahun 2003 dan semakin berkembang selari dengan peredaran masa.

Fokus penulisan kali ini adalah berkaitan ebook dalam jangkauan nilai komersial dan skop capahan ‘digital marketer’s circle’ atau dalam bahasa kita ‘geng-geng IM’, tidak mengambil kira skop yang besar seperti penerbitan ebook oleh syarikat-syarikat penerbitan buku. Itu bukan fokus kita.

Dalam skop ‘geng-geng IM’ di pasaran antarabangsa, spekulasi kejatuhan jualan ebook dibuat sekitar awal tahun 2009 yang mengatakan jualan ebook sudah ‘lapuk’ dan tidak lagi mendapat tempat dalam garisan perdana pengguna internet. Ianya dibuat oleh golongan penjual ebook berdasarkan fakta jualan ebook mereka yang merudum, bukan berdasarkan kaca mata fakta kecenderungan pengguna internet. Yang benarnya, pengguna internet menggemari ebook, tetapi soalnya apa yang mereka mahu baca bukan soal kecenderungan membeli ebook yang berkurangan seperti spekulasi yang disebarkan

Ilustrasi oleh RetailMeNot 

Lihat sahaja fakta jualan ebook pada rajah di atas yang menunjukkan jualan ebook tidak pernah menurun bahkan berkembang dua kali ganda setiap tahun dan ‘Forrester Research’ menjangkakan jualan ebook akan berkembang mencapai $3 billion pada tahun 2015. Buang tepi spekulasi tersebut, kerana ianya dibuat berdasarkan fakta kecil iaitu hasil jualan produk mereka dan konco-konco mereka bukan mewakili fakta seluruh alam semesta!

Kembali kepada pasaran Malaysia, bagaimana masa depan ebook kita? Secara kasarnya ianya berputar selari dengan perjalanan jualan ebook dunia, tetapi untuk melihat dengan lebih jelas , elok dibawa kepada beberapa soalan, anda jawab dan anda akan tahu bagaimana permintaannya.

  • Jika anda mahu mencari maklumat, di mana anda nak dapatkannya?
  • Jika anda mendapat sesuatu berita, di mana anda nak rujuk?
  • Jika anda nak cari hotel/homestay di kawasan yang anda tak tahu, di mana anda nak ‘survey’?

Ketiga-tiga soalan di atas sama sebenarnya, dan saya pasti anda telah pun berkata dalam hati anda, ‘SAYA AKAN CARI DI INTERNET’. Betul tak? Anda akan kata, ‘betul, saya akan cari di internet, tapi saya cari maklumat percuma ja..’ Fikir sekali lagi, betulkah anda hanya mahu maklumat percuma? Contoh jika anda mencari maklumat berkaitan ‘bagaimana menggandakan duit’, anda akan dapati banyak laman web yang bercerita mengenainya, maklumat berterabur dan sebagainya. Pada masa itu anda akan mengeluh dan pada setiap keluhan itu datangnya duit untuk mereka yang tahu keluhan anda;

  • Kalaulah ada maklumat yang lebih tersusun dan lengkap alangkah baiknya…. tak perlu aku ke sana ke sini (ebook ‘panduan’ muncul)
  • Kalaulah maklumat ini tak ramai yang tahu, syoknya! (ebook yang diletakkan harga muncul)
  • Kalaulah aku sorang je tahu maklumat ni, fuyyooo! (ebook harga premium muncul)

Kenapa anda senyum? Itu cara mudah bagaimana ‘geng-geng IM’ cari pendapatan dari ebook. Selesaikan masalah ‘pencari solusi kepada masalah’. Sediakan solusi tersebut dalam bentuk ebook, dan jual dengan harga murah, harga premium itu pada tangan pengeluar produk.

Kita sudah lihat unjuran pembelian ebook dunia untuk tahun 2015 sebanyak $3 billion dan usahawan ebook Malaysia juga pasti ada pasarannya. Pasti kerana fakta pencari maklumat/solusi di internet semakin hari semakin ramai. Kenalpasti masalah mereka, sediakan solusi untuk mereka… BOOOM! Duit untuk anda dan dengan senyuman saya tinggalkan anda dengan persoalan

“Apa yang dicari oleh 91.9% pelayar internet Malaysia, dan bagaimana untuk anda buat duit daripada mereka?” 

91.9% mencari maklumat. Survey penggunaan internet rakyat Malaysia tahun 2010 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

P.S. Ketahui ebook apa yang boleh menjual dan apa yang tidak boleh menjual di Mini Seminar bersama pioneer perniagaan ebook Malaysia di Mini Seminar Ebook pada 14 Januari ini di https://www.puim.my/puimbackupoct2016/mini-seminar/

——————-

Mengenai Penulis

Muaz Hadi berkelulusan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi dan kini dalam fasa akhir pengajian Sarjana dalam Bioteknologi. Beliau bergiat aktif dalam penghasilan dan penjualan produk digital di pasaran Malaysia termasuk video, perisian dan ebook. Pada tahun 2010, beliau telah menggemparkan dunia perniagaan ebook apabila berjaya menghasilkan jualan mencecah 6 angka dalam masa yang singkat. Dikenali dengan tidak lokek berkongsi dan telah berjaya membantu usahawan ebook yang lain dalam pelancaran produk mereka.