Kalau bina bisnes online, mesti ada platform sendiri, contoh ada domain dan hosting sendiri, bawah kawalan sendiri.

Dulu berapa ramai blogger di blogspot sudah mempunyai traffic yang ramai, tiba-tiba blog mereka ditutup.

Sekarang banyak juga fan page, group, profile bukan sahaja ditutup malah terus hilang sekelip mata setelah usaha bertahun-tahun.

Salah satu tempat pembelajaran online milik Pn Ainon Mohd telah lenyap beberapa hari lepas tanpa sebarang kata atau notis. Hampir 20 ribu orang yang mendapat manfaat sudah terputus hubungan.

——————————
Strategi PUIM dalam Bisnes ONLINE
——————————

1. Pastikan anda ada domain dan hosting sendiri, sekurang-kurangnya semua bawah kawalan anda.

2. Bina database dengan extract dari FB anda, melalui fan page, profile atau group.

3. Gunakan google forms untuk dapatkan database secara sistematik, atau anda suruh pengikut anda komen sahaja dibahagian komen dan minta anak buah anda copy dan paste dalam excel.

Ingat, kunci perniagaan ialah sistem database, pengurusan database, hubungan dengan bakal pelanggan dan pelanggan anda dari masa ke masa.

#puim , Gero Azrul .