Mungkin anda ada mendengar yang ‘berniaga online’ kini lebih mudah berbanding dahulu. Dalam satu aspek ianya benar dengan perkembangan teknologi yang menjadikan kos untuk memulakan bisnes online sangat minima, tetapi dalam aspek yang lain atas faktor ‘persaingan’, ianya sedikit sukar

Jika mahu dihuraikan berkaitan bisnes internet, ianya mempunyai cabang yang banyak. Dalam artikel ini kita fokuskan tajuk perbincangan ini kepada bisnes model ‘jualan produk’ sahaja.

Kunci utama dalam memulakan model bisnes ini adalah anda harus mempunyai produk, tidak kira berbentuk servis, produk digital ataupun fizikal. Percaya atau tidak, anda tidak perlu pun mempunyai produk anda sendiri. Anda boleh gunakan konsep ‘dropship’ ataupun menjadi ‘affiliate’ untuk mula menjana pendapatan melalui internet dan ianya boleh dimulakan tanpa modal (buat produk & simpan produk). Jadi seharusnya ianya tidak menjadi masalah buat kita.

Banyak strategi, teknik dan pendekatan yang diambil untuk menghasilkan jualan dan ianya disesuaikan dengan peredaran masa. Kita akan sorot pendekatan yang diambil sejak hujung 90-an sehingga sekarang dan bagaimana ianya berkembang.

Untuk lebihkan kefahaman saya ringkaskan ianya kepada 4 kategori.

Buat Duit Online 1.0

  • Cari/Buat Produk
  • Promosi
    • Letak link merata-rata
    • Hantar email tanpa izin (SPAM)

buatduitonline1

Teknik ini adalah teknik lama. Jika ianya dilakukan pada awal 90-an ketika kesedaran internet masih baru, mungkin ianya berjaya. Tidak dinafikan ianya ada harapan (walaupun tipis) untuk menghasilkan jualan, tetapi percayalah ini bukan caranya. Anda bukan membina bisnes

Buat Duit Online 2.0

  • Cari/Buat Produk
  • Kajian kata kunci (keyword)
  • Promosi
    • Landing Page (guna autoresponder)
    • Iklan percuma (SEO, Forum, Blog etc)
    • Iklan berbayar (Google ads, FB ads etc)

buatduitonline22

Teknik ini adalah teknik yang digunakan oleh ramai orang buat masa ini. Ianya berkesan dan mendatangkan hasil yang bagus. Keburukannya adalah anda bakal bersaing dengan ramai orang lain kerana konsep teknik ini adalah ‘orang ramai’

  • [Orang Ramai] Anda cari produk yang laris
  • [Orang Ramai] Anda cari ‘keyword’ yang ramai orang cari

Bayangkan anda bersaing dengan Zamri Nanyan atau Raja Kamil yang pakar dalam bidang ini, siapa yang mempunyai kelebihan?

Teknik ini ‘do-able’ dan menguntungkan, tetapi anda harus mempunyai skil dan teknik yang khusus. Apa yang menjadi kesilapan pada kebanyakan orang adalah, apabila mereka berjaya menarik prospek ke dalam ‘autoresponder’, aktiviti menjual terus berjalan.

Dalam isu ini, apa yang dilakukan oleh mereka yang berpengalaman saya namakan 2.0-eXtendad. Masih menggunakan ‘flow’ yang sama tetapi mereka cantikkan sedikit prosesnya

Apa yang seharusnya dilakukan adalah ‘membelai’ mereka dengan maklumat atau email yang membangkitkan keinginan membeli sebelum mula menjual.

buatduitonline2

Strategi ‘Buat Duit 2.0 eXtended’ ini adalah optimasi proses 2.0 dengan penambahan beberapa komponen penting;

  • Promosi yang anda lakukan adalah ‘targeted’
  • Promosi anda membawa prospek anda ke dalam ‘mailng list’ anda
  • Teknik promosi anda ke atas ‘mailing list’ dirangka khusus

Strategi ini mencukupi dan boleh mendatangkan hasil buat masa sekarang jika anda mahir dalam melaksanakannya. Untuk strategi yang lebih ‘advance’, prosesnya sudah terbalik dan berbeza dengan strategi 1.0, 2.0 dan 2.0-eXtended ini. Ianya adalah strategi yang membuatkan produk/servis anda sentiasa dinantikan bahkan produk belum ada tetapi sudah ada yangmeminta-minta’ daripada anda!

requestKlik untuk besarkan

Hebatkan? Nantikan perkongsian seterusnya berkaitan teknik 3.0 ini dalam artikel akan datang

buatduitonline3