2012 adalah tahun untuk telefon pintar! Mengikut kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penggunaan telefon pintar meningkat dari 12% ke 26% di kalangan rakyat Malaysia.

Meskipun majoriti rakyat Malaysia masih menggunakan telefon bimbit biasa, peningkatan mendadak sehingga 100% amat memberangsangkan.

Peratusan pengguna telefon bimbit

201020112012
Telefon Pintar14.0%12.0%26.0%
Telefon Bimbit86.0%87.3%74.0%

Kajian ini disokong oleh maklumat yang disediakan oleh IDC Market Research (M) Sdn Bhd yang menunjukkan jumlah penghantaran telefon pintar di Malaysia ialah 29.6%.

IDC Market Research (M) Sdn Bhd juga menyatakan bahawa 79.2% pengguna telefon pintar pintar menggunakan sistem operasi Android, 10.7% menggunakan iOS (Apple) dan baki 4.1% menggunakan BlackbBerry OS.

peratusan android ios blackberry malaysia

Demografi Pengguna Telefon Pintar

Lebih 40% Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke atas menggunakan telefon pintar. Demografi kelas menengah ini mempunyai bilangan dan kuasa membeli yang tertinggi di Malaysia.

Fakta yang paling menarik sekali ialah 32.5% golongan pelajar sudah mula menggunakan telefon pintar.

Kita boleh ujurkan yang Generasi Y yang terdedah dengan penggunaan telefon pintar daripada peringkat awal terus mengguna pakai alat tersebut.

Peratusan Penggunaan Telefon Pintar Mengikut Pendapatan

Pelajar32.5%
Tidak Bekerja14.3%
Kurang Dari RM1,00017.2%
RM1,000 ke RM3,00027.8%
RM3,000 ke RM5,00042.4%
RM5,000 ke atas58.3%

Mudah Akses Internet Guna Telefon Pintar

akses internet mudah telefon pintar

Setinggi 68.8% pengguna telefon pintar mendapat akses internet menggunakan telefon pintar.

Akses internet melalui telefon pintar berbanding komputer semakin tinggi, dianggarkan pada nisbah 2:1.

Pengguna lebih kerap mendapatkan akses internet melalui telefon pintar kerana

  • akses mudah di hujung jari
  • Perkhidmatan 3G dan WiFi yang semakin meluas di Malaysia
  • Pelbagai mobile apps yang dibina untuk memudahkan layaran

50 Billion Muat Turun Mobile Apps

50 billion muat turun mobile apps

50 billion mobile apps telah dimuat turun melalui App Store.

Manakala Google telah mengumumkan bahawa ia telah menjangkaui  48 bilion muat turun mobile apps di persidangan I/O developer baru-baru ini.

Angka-angka yang menakjubkan kerana industri mobile apps hanya berusia 5 tahun sahaja.

Tidak dapat disangkal lagi, mobile apps menjadikan telefon pintar menjadi alat lebih dari bercakap dan menghantar SMS sahaja.

Menurut SKMM, 34.6% pengguna telah muat turun 10-20 mobile apps ke telefon pintar mereka.

28.6% membaca ebook melalui telefon pintar.

 

Berapa kali sehari anda periksa telefon pintar anda untuk membaca update?

 

Menurut Stephanie Tilenius, Naib Presiden Google bahagian Commerce:

– Jarak purata pengguna dan telefon pintar hanya 1 meter.

– Pengguna memeriksa telefon pintar 40 kali sehari

– 50% daripada pemilik telefon pintar menggunakan mobile apps untuk membeli-belah dalam talian atau untuk membantu mereka semasa membeli-belah di kedai-kedai

Mobile Apps Untuk Perniagaan Anda?

mobile-apps-untuk-bisnes-sme

Dengan fakta penggunaan telefon pintar di atas, adalah penting bagi anda merancang strategi mobile apps untuk perniagaan anda.

Ini kerana:

  • Akses internet melalui telefon pintar lebih pantas (pelanggan boleh akses produk dan tawaran anda melalui mobile apps di mana-mana sahaja. Tak perlu depan komputer)
  • Peningkatan mendadak bilangan pengguna telefon pintar, terutama segmen yang mempunyai kuasa membeli (gaji RM3,000 ke atas).
  • Paling menarik, segmen pelajar sudah menggunakan telefon pintar dan mereka akan terlatih membuat pembelian melalui telefon pintar.

Di dalam artikel seterusnya, akan dibincangkan 5 Cara Mobile Apps Boleh Bantu Kembangkan Bisnes Anda untuk tahun 2014.