Kalau pada artikel yang lepas, kita dapat lihat jutaan pengguna internet di Malaysia dan jumlah transaksi online yang mencecah billion ringgit. Kita harus buka mata dengan data ini dan melihatnya sebagai satu peluang besar mengukuhkan aktiviti keusahawanan online kita.

Apa yang harus dilakukan sekarang adalah mengenalpasti siapakah yang bakal menjadi pelanggan. Adakah semua 17 juta pengguna internet di Malaysia ini sasaran anda? Bagaimana kempen pemasaran yang perlu anda lakukan?

Konsepnya mudah, lakukan aktiviti yang membolehkan produk/servis anda sampai ke pengetahuan mereka atau dalam bahasa mudahnya, buat aktiviti pengiklanan!

Siapa ‘RIGHT CUSTOMER’ Anda?

Langkah utama anda adalah mengenalpasti siapakah pelanggan anda.

Adalah menjadi kesilapan peniaga online apabila ditanya ‘SIAPAKAH BAKAL PELANGGAN ANDA?’ ‘KEPADA SIAPA ANDA SASARKAN PENGIKLANAN ANDA?’ atau yang seumpama dengannya dan anda menjawab, “SEMUA ORANG” atau membawa kepada jawapan ‘skop besar’

“When you talk to everyone, you talk to no-one”, Eben Pagan

Maklumat pengiklanan anda sukar atau tidak sampai dan kos pengiklanan anda tinggi. Anda harus fokus kepada mereka yang betul-betul berkaitan dengan produk anda dan mereka itulah pelanggan anda.
Kunci strategi untuk mencari ‘right customer’ anda adalah

Cari mereka yang berminat dan kumpulkan mereka

Tekniknya sama, tapi taktiknya berbeza. Taktik di blog berbeza dengan di Facebook juga lain ‘tweaking’ di ‘squeeze page

Untuk artikel kali ini kita akan bincangkan konsep asas strategi ini dan jika banyak ‘feedback’ daripada pembaca (anda klik LIKE dan KOMEN), kita akan teruskan dengan teknik dan taktik yang anda boleh gunapakai di Facebook pula.

Strategi Asas: Target Bakal Pelanggan Anda

Pegang kata-kata Eben Pagan yang dinyatakan sebelum ini. Anda kena kenalpasti pelanggan anda secara spesifik.

[UMUM] Bakal pembeli saya adalah graduan universiti

[SPESIFIK] Bakal pelanggan saya adalah graduan universiti wanita jurusan ekonomi

Langkah pertama untuk ‘define’ pelanggan anda adalah dengan perkemaskan skop produk anda terlebih dahulu. Usahawan online harus mengenalpasti sasaran mereka melalui jangkauan;

  • Market (pasaran besar)
  • Niche (targeted)
  • Sub-niche (laser-targeted)

Kita ambil contoh anda mahu hasilkan ebook berkaitan resepi kek. ‘Resepi Kek’ adalah MARKET dan ianya pada skop yang besar. Jadi produk anda akan jadi terlalu umum dan sukar untuk ‘menjual’. Cuba kecilkan skop menjadi “Resepi Kek Coklat/Buah/Cupcake” (NICHE) atau “Resepi Kek Coklat Lembap”. “Buat Cupcake yang gebu” (SUB-NICHE). Ianya lebih spesifik (jangan terlalu spesifik) dan percayalah, ianya lebih mudah untuk ‘menjual’

Untuk lebih mudah faham, letakkan diri anda sebagai seorang yang mahu mencari resepi kak coklat, apa yang akan anda taip di Google?

  • Resepi kek? atau
  • Resepi kek coklat?

Bagaimana Untuk Kecilkan Skop?

Ada banyak cara tetapi cara yang mudah dan percuma, anda boleh gunakan Google Keyword Tool (GKT). Ianya akan memberikan data apa yang dicari oleh pengguna internet di Google. Masukkan kata kunci anda dan anda akan dapat lihat kehendak pasaran anda.

Anda akan diberikan apa sebenarnya yang ditaip oleh pengguna di Google. Lebih mudah untuk anda kenal bakal pelanggan anda.

Buat sedikit kajian kata kunci anda dan lakukan pemerhatian yang mendalam dalam setiap keputusan kajian anda di Google Keyword Tool. Anda akan nampak jelas apa yang dikehendaki oleh ‘bakal pelanggan’ anda.

TUGASAN: Saya tidak tunjukkan bagaimana menggunakan GKT ini kerana saya mahu anda melakukan percubaan anda sendiri untuk cepat faham dan nampak apa yang dimaksudkan. ‘Practice makes permanent’

niche

  • Resepi kek – MARKET
  • Resepi kek coklat – NICHE
  • Resepi kek coklat moist – SUB-NICHE

Apa yang kita mahu adalah, orang umum itu bertukar menjadi pelanggan kita. Lebih spesifik sasaran kita, lebih kecil jumlah ‘audience’ kita tapi yang paling penting adalah;

  • Keinginan membeli mereka lebih tinggi
  •  Kos pengiklanan kita lebih murah!

Apa yang anda dah buat sekarang adalah

  •  Anda kecilkan skop produk anda atau jadikan ianya lebih spesifik
  • Anda cari pelanggan yang betul-betul mahukan produk anda melalui carian mereka di engine carian (dalam kes ini kita gunakan Google)

Siapa Sebenarnya Mereka?

Bahagian ini penting, komunikasi anda dengan mereka. Jika anda adalah penjual kereta atau apa yang melibatkan perjumpaan empat mata, ianya mudah kerana anda tahu siapa mereka dari segi;

  • Umur
  •  Jantina

Dalam perniagaan online, dua perkara sering diabaikan kerana kebanyakan memikirkan ianya tidak penting kerana komunikasi hanya melalui email/surat jualan. Tetapi mereka salah kerana tiada ‘connection’ di sana.

Contohnya anda menjual minyak wangi di internet dan menggunakan medium pemasaran email dengan bakal pelanggan anda. Anda belajar yang apabila menulis email kepada bakal pelanggan anda harus menggunakan bahasa santai atau ‘buddy email’.

Asasnya kita mahu lebih mesra. Ianya benar tetapi katakanlah bakal pelanggan anda itu berumur 52 tahun, adakah sesuai anda menghantar email berbunyi;

“Hello hai, eh minyak wangi ni kalau hang pakai memang melEtOp lah, awek tak boleh tido punya. 14 ringgit ja, pos free. Bli kat www.perfumecunpunya.com”

Sedikit masalah. Struktur email ini boleh digunapakai hanya pada ketika penerima email itu adalah pelanggan sedia ada dan kawan rapat anda. Tetapi pada bakal pelanggan berumur 52 tahun tadi, ianya sukar diterima

Mahu tidak mahu, anda kena kenal sedikit sebanyak latar belakang mereka. Untuk pasaran Malaysia, cukup jika anda tahu lingkungan umur dan jantina mereka (lebih banyak maklumat lebih bagus). Anda boleh gunakan Alexa.com

Caranya adalah yang pertama anda kena cari laman web mana yang mendapat kunjungan ramai atau yang mendapat kedudukan tinggi dalam carian Google. Kita ambil contoh jika berkaitan ‘resepi kek’, laman web ‘myresipi.com’ antara yang berada pada kedudukan tinggil di Google.

Kaji pelawat myresipi.com di Alexa.com

alexaresipi

Bakal pelanggan anda adalah wanita yang berumur 25-44 tahun. Anda boleh fikirkan bagaimana ayat komunikasi anda dengan mereka? Berbeza dengan komunikasi untuk mereka yang berumur 18-24 tahun semestinya.

Alternatif yang lain, anda juga boleh menggunakan https://clues.yahoo.com untuk mencari maklumat jantina dan umur. Di sini anda boleh terus masukkan katakunci.

yahoo

Keputusannya tidak jauh beza dengan Alexa.com Cara yang lebih tepat untuk mengetahui umur dan jantina mereka adalah dengan bertanya melalui survey sebagaimana saya selalu buat pada pembaca blog saya

survey

Maklumat-maklumat ini juga penting bukan hanya untuk komunikasi berkesan anda tetapi juga kepada kempen pengiklanan anda menjadikan kempen promosi anda lebih tepat kepada bakal pembeli anda

Kesimpulan

  • Apabila mahu pasarkan produk/servis anda, fokus kepada ‘RIGHT Customer’ untuk mengurangkan kos pengiklanan dan menjadikan promosi anda lebih berkesan
  • Untuk ‘define’ bakal pelanggan, anda harus perkemaskan produk anda dengan kecilkan skop produk dan lihat apa yang dicari oleh bakal pelanggan anda
  • Kenali ‘market’, ‘niche’, dan ‘sub-niche’ untuk memudahkan proses mengecilkan skop produk sekaligus berjaya menjejaki bakal pelanggan anda
  • Kenali umur dan jantina bakal pelanggan anda untuk komunikasi lebih berkesan dan kempen pengiklanan yang lebih terarah (targeted)