Sedar tak sedar, media sosial telah ubah banyak lanskap maklumat hari ini.

1. Cuba perhatikan, kalau ada apa apa berita terbaru atau kejadian bencana alam, anda hanya perlu buka media sosial contohnya facebook, penuh dengan NEWSFEED anda berita lagi laju dari BERITA RASMI.

Jadi perubahan ketara ialah:

“BERITA CARI KITA, KITA TAK CARI BERITA”.

2. Perniagaan semakin rancak di Facebook, ramai juga buat jualan juta-juta melalui Facebook. Mana tidaknya, pengguna Facebook tempatan Malaysia juga hampir mencecah 20 Juta.

Ini bermaksud, ramai orang ada dalam ini, kalau dari mereka 40% aktif pengguna FB? Berapa sasaran bakal pelanggan yang tahu brand anda, nak cuba dan kemudiannya menjadi pembeli tegar anda?

3. Dakwah, motivasi, perkara positif makin mudah.

Sudah lumrah kita perlukan benda-benda yang memberi makanan rohani kita, kekuatan spiritual kita. Jadi perkara positif ini boleh dipertingkatkan jika kita sama-sama VIRAL kan perkara positif.

Kesimpulan mudah,

TEKNOLOGI beri KESAN PADA SOSIO EKONOMI, dari pelbagai segi termasuk juga SENARIO POLITIK dan sebagainya.

P.S: Kita Persatuan Usahawan Internet Malaysia (UIM) amat tekankan juga bantuan kemanusian pada saudara sebangsa dan senegara kita di pantai timur khususnya.

Anda boleh sumbangkan RM1, RM10, RM100, RM1000, RM10,000 ke tabung yang kami kenal dan terbukti kesahihannya.

Sumbangkan melalui gambar kami sediakan ini.

#richwell
#dpmmk

 

Tabung Banjir richwell