pelaburan emas
Salah satu perkara yang menarik perhatian usahawan dan pelabur ialah perbahasan ini.

“Mana satu lagi bagus? Melabur atau ada perniagaan sendiri?”

Bagi saya, kedua-duanya mempunyai pros and cons dan melihat kepada keselesaan diri masing-masing. Melabur membolehkan seseorang menggunakan modal yang ada untuk membeli sesuatu yang bernilai yang nilainya boleh bertambah atau berkurang mengikut keadaan barang yang dibeli itu.

(Stok juga dikira sebagai “barang” dalam konteks ini)

Perniagaan sendiri pula membolehkan anda menjual produk kepada orang lain dan mendapat untung antara margin anda beli kemudian jual kepada orang lain.

Ada orang selesa menjadi peniaga kerana mereka boleh berinteraksi dengan orang lain, tawar-menawar, mencari produk yang dimahukan orang dan sebagainya.

Ada orang pula lebih selesa membiarkan duit bekerja untuknya kerana mereka ada duit… tapi tidak ada masa.

Jika anda seseorang yang ada duit tapi tidak ada masa, pelaburan emas merupakan salah satu cara terbaik untuk menaikkan nilai wang anda.

Jika anda tidak mempunyai wang yang diperlukan untuk membeli emas dan perak (perak jauh lebih murah daripada emas), perniagaan mungkin boleh menjadi permulaan yang baik untuk anda.

– * – * – * – * –

One leads to another / Satu membawa kepada lagi satu

– * – * – * – * –

Apabila anda berjaya dalam perniagaan, anda boleh menggunakan keuntungan yang anda dapat untuk melabur dalam emas.

Anda tidak perlu membeli emas dengan banyak.

Anda boleh beli sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda. Jadikan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda dan kewangan anda akan menjadi semakin kukuh. Ianya bukannya digunakan baru-baru ini tapi telah digunakan sejak zaman Firaun (mungkin lebih awal lagi).

Syiling emas yang ditempa pada 330 BC pun masih lagi wujud dan cantik walaupun telah berusia 2,300 tahun!