Alhamdulillah sampai kita ke artikel terakhir yang membincangkan tentang mengapa kita perlu mengambil Rasulullah s.a.w sebagai idola dalam perniagaan. Lima aspek penting telah dibincangkan dalam dua artikel sebelum ini. InsyaAllah dua lagi aspek utama penyebab mengapa Rasulullah perlu dijadikan ikutan para usahawan jika ingin betul-betul berjaya dan bahagia.

Tidak kita nafikan bahawa berniaga merupakan pekerjaan yang sukar dan tidak sesuai untuk semua orang. Mereka yang ingin menceburkan diri secara aktif dalam perniagaan perlu ada semangat yang kuat, usaha yang bersungguh-sungguh, tidak mudah berputus asa, redha denga apa yang diperolehi, berdaya saing, berani mencuba sesuatu yang baru, jujur dan amanah dan banyak lagi jika nak disenaraikan. Itulah sebabnya saya katakan bahawa usahawan yang berjaya merupakan insan hebat dan ianya tidak semudah yang kita gambarkan. Perlu libatkan diri secara praktikal dan serius, barulah nampak hasilnya.

Dua aspek terakhir ini yang saya nak sentuh dan jelaskan adalah aspek kemanusiaan dan muamalat. Kedua aspek ini merupakan yang kita dapat lihat secara jelas tanpa banyak fikir dan buat kajian lanjutan. Lihatlah sekeliling kita bahawa para usahawan sering berhubungan dengan manusia secara terus dan terpaksa melayan seribu satu karenah manusia. Mereka mestilah banyak bersabar, perlu banyak berusaha & bertolak ansur serta banyak membantu sesama manusia dan berpeluang luas untuk menyebarkan luaskan aura kasih sayang ke seluruh alam.  Kasih sayang adalah kunci utama kebahagiaan dan manusia tak mungkin boleh hidup tanpanya.

1204730991_efbe350954  keajaiban+kasih+sayang1

Selain itu, kita dapat lihat juga banyak pusat pengajian, masjid, kemudahan awam dan seumpamanya diinfaqkan oleh usahawan-usahawan yang hebat dan bertaqwa. Kita juga mengalami keadaan di mana banyak syarikat-syarikat telah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai ahli masyarakat yang mana membantu kewangan individu dan seisi keluarga untuk hidup lebih baik dan sejahtera. Dengan adanya kedai-kedai yang menjual makanan dan barangan halal memudahkan kita untuk mendapatkannya dan tak perlu bersusah payah pergi jauh dan terpaksa beli dengan orang bukan Islam.

Inilah antara fakta mengapa saya katakan perniagaan itu amat berkait rapat dengan manusia sekeliling dan memudahkan manusia dalam menjani hidup seharian mereka. Bayangkan jika tidak ada peniagan Islam atau tidak ramai orang Islam di kampung atau taman perumahan kita yang terlibat dalam perniagaan, apa akan anda alami? Susah kan?

Apa yang saya nak nyatakan di sini jelas bahawa mereka yang terlibat dengan perniagaan, mereka berpeluang mengukuhkan hubunga dengan manusia dan secara tidak langsung dapat merealisasikan suruhan Allah yang menekankan hubungan sesama manusia selain hubungan dengan Allah. Kerana tanpa adanyan hubungan yang baik dengan manusia yang lainnya, ianya membawa kemurkaan Allah dan neraka balasannya!

Merujuk kepada apa yang saya bincangkan di atas, saya nak jelaskan serba sedikit tentang perniagaan Rasulullah s.a.w yang menjadi idola kita semua. Selain lima faktor penting yang saya nayatakan sebelum ini, dua faktor terakhir ini juga penting dan perlu ada kepada semua para usahawan muslim yang ingi mendapat redha dari Allah dan hidup diberkati olehNya. Inilah antara faktor mengapa kita perlu menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan kepada semua usahawan kerana baginda berniaga sambil berdakwah, bukan semata-mata kerana nafsu dan keperluan diri sahaja. Kedua faktor tersebut saya akan bincangkan secara detail di bawah, insyaAllah. Moga bermanafaat buat kita semua.

6- Berniaga boleh menyubur dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.



Rasulullah s.a.w berniaga dengan misi yang cukup besar iaitu kesih sayangnya kepada seluruh ummatnya. Baginda bersusah payah terlibat dalam perniagaan adalah sebagai teladan ikutan untuk semua ummatnya. Jika diperhatikan secara dekat dan teliti, perniagaan merupakan salah satu peluang dakwah yang membuka ruang kepada Rasulullah s.a.w menyampaikan kebaikan Isalm secara terus mahupun secara tak langsung. Akhlaq baginda semasa berniaga telah berjaya menarik minat ramai pelangannya kepada Islam.

Bercakap tentang akhlak, pembaca boleh rujuk artikel sebelum ini yang telah membicarakan tentang akhlak Rasulullah s.a.w. semasa berniaga. Saya sebutkan kembali di sini kerana ia berkait rapat dengan hubungan sesama manusia yang tidak lepas dari akhlak mulia baginda. Kasih sayang merupakan tunjang utama dalam menjalankan perniagaan. Segala urusan dijalankan secara adil, jujur dan amanah. Tiada langsung unsur penipuan dan menyusahkan dalam urusniaga yang baginda lakukan sejak awal baginda terlibat.

ko_05.1  swimming-sweet-cone-thumb2611
Elemen inilah yang penting bagi semua usahawan. Bila adanya elemen kemanusiaan dan hebat dalam berhubungan sesama manusia sekeliling, pasti perniagaan yang dijalankan diredai Allah, diberkati dan pasti diberikan Allah kecemerlangan dalam prestasi perniagaan yang dilakukan.

Saya yakin tidak ada peniaga yang sehebat Rasulullah s.a.w dalam berhubungan dengan sesama manusia. Bila kita jadikan baginda idola dalam berniaga, pasti ianya menjadi lengkap dan berjaya dengan hebat. Usahawan perlu menjual barangan yang dijualnya kepada manusia dan jawapan yang tepat bagaimana untuk menjual dengan hebat dan cemerlang adalah dengan menjaga sebaik yang mungkin dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan pelangan yang terdiri dari manusia. Oleh itu tiada adanya sebab mengapa kita tidak mengambil Rasulullah s.a.w. menjadi idola dalam usahanya menjadi usahawan yang unggul dan diredai Allah.

7- Berniaga boleh membantu dan memudahkan urusan sesama manusia.

Muamalat merupakan sesuatu aspek yang amat penting dalam Islam. Manusia seluruhnya akan tidak terlepas dari bermualamat. Ia merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia bagi memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan ekonomi dan sosial Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan terlibat secara terus dengan perhubungan sesama manusia dan dalam bersosial. Inilah salah satu sebab penting baginda terlibat secara aktif dan serius dengan perniagaan. Rasulullah s.a.w banyak membetulkan sistem perniagaan yang sedia ada dan dihantikan dengan sistem perniagaan berlandaskan al-Quraan yang memetingkan keadilan, keprihatinan dan kepercayaan antara peniaga dan pelangan atau masyarakat pengguna.

Berniaga ikut sunnah sebenarnya menitik beratkan soal tanggungjawab sosial dan memfokuskan kepada kejujuran dan keadilan semasa melakukan urusniaga jual beli. Bukan itu sahaja, bila telah berjaya dan punyai kemampuan, masyarakat sekeliling dibantu melalui ibadat zakat perniagaan dan amalan bersedekah. Zakat dan sedekah juga salah satu komponen dalam berhubungan sesama manusia dan sedekah merupakan tanggungjawab sosial yang amat anjurkan oleh syariat.

281120102994  vlcsnap-2012-12-07-14h58m19s2503

Bila usahawan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan dalam menjalankan urusniaga, maka dapat dipastikan keuntungan yang diperolehi adalah halal dan jauh dari unsur-unsur haram. Zalim, menipu dan berniaga secara tidak jelas boleh membawa kepada riba. Ramai mereka yang berniaga tergelincir dan terlibat dengan riba secara sedar mahupun tidak sedar kerana tidak berhati-hati, tidak tahu bagaimana caraniaga mengikut syariat & tak mahu menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan. Astaghfirullahal ‘aziim.

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w “ Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu, dia tidak akan mendapat pahala, bahkan dosa yang akan menimpanya ” (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah, IBni Hibban dan Al-Hakim)

Kesimpulannya disini ingin saya tegaskan bahawa semua ummat Islam digalakkan untuk berniaga cara sunnah. Mesti ikut cara berniaga yang Rasulullah s.a.w ajar dan tunjukkan secara praktikal. Belajar, kaji, rujuk dan amalkan kaedah sebenar bagaimana baginda berniaga agar perniagana yang dijalankan bukan semata-mata kerana keuntungan tapi juga kerana kemanusiaan dan pahala yang akan diraih di akhirat kelak. InsyaAllah setelah itu kekayaan, kepuasan, ketenangan, kebahagiaan dan keredhaan akan diperolehi. Syurgalah tempat usahawan yang beriman dan bertqwa, itulah target usahawana muslim yang bijak dan cemerlang di dunia juga akhirat, amiin. Wallahua’lam.