Anda ada Jenama Peribadi?

Walaupun anda katakan anda belum ada Jenama Peribadi, tetapi hakikatnya anda sudah mempunyai sebuah Jenama tanpa anda sedari.

Apakah itu Jenama Peribadi?

Menurut pengasas Amazon.com, Jeff Bezos “Jenama anda adalah apa yang orang lain perkatakan tentang anda bila anda tiada di situ”.

Contohnya, bila anda sebut nama Azizan Osman. Orang akan teringat tentang Pakar Motivasi Perniagaan walaupun sebenarnya beliau merupakan Pakar Pemasaran Antarabangsa. Beliau telah membina Jenama Azizan Osman sebagai sebuah jenama motivasi perniagaan.

Apa yang anda fikirkan bila orang perkatakan tentang Jozan ? Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012. Jozan merupakan Jenama gabungan nama Yazid Lim Mohammad Aziz dan Mohd Razizan Abd Razak. Yazid Lim Mohammad Aziz juga mempunyai Jenama tersendiri iaitu “Johan”, dan jenama Mohd Razizan Abd Razak iaitu “Zizan”.

Johan dan Zizan adalah jenama besar dalam industri hiburan Malaysia dan mereka mempunyai pengikut jenama mereka tersendiri.

Contoh jenama-jenama lain:

Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah – Jenama Motivasi Diri

S.H Alattas (Pak Habib) – Jenama Penulis Politik Malaysia

dan ramai lagi jenama antarabangsa seperti Barack Obama, David Beckham, dan sebagainya.

Jika saya lihat jenama yang paling dekat dengan saya seperti:

Gero Azrul – Jenama Presiden PUIM dan Pengucapan Awam

Zainal Rashid Isa – Jenama Kaunselor & Motivasi Online

Muaz Hadi – Jenama Bimbingan Kerjaya

Rizal Razak – Jenama Pembangunan Laman Web

 

Kenapa Jenama Peribadi Penting?

Realitinya, Jenama Peribadi adalah tentang apakah nilai diri anda? Apakah kemahiran yang anda ada? Dan apakah nilai yang anda boleh berikan kepada orang lain.

Dalam erti kata lain, Jenama Peribadi adalah sebuah ikatan emosi antara anda dengan orang lain.

Kesannya,  apabila anda mempunyai Jenama Peribadi yang kuat akan menyebabkan orang lain seperti bos anda, pelanggan ataupun bakal pelanggan anda – akan merasai tindak balas emosi yang positif apabila mereka mendengar ataupun terbaca nama anda.

Dalam dunia perniagaan dan pemasaran Internet – Jenama Peribadi banyak membantu anda untuk menarik pelanggan, membezakan anda dari usahawan-usahawan internet yang lain, seterusnya membuatkan orang ramai memilih untuk mendapatkan produk dan servis dari anda, bukan dari orang lain.

Bagaimana mengenalpasti Jenama Peribadi anda? Tanyalah soalan-soalan ini kepada diri anda..Personal-Branding-Brand

  1. ‘What am I known for?’ (senaraikan 3).
  2. ‘What do I want to be known for 5 years from now?’ (Senaraikan 3)
  3. ‘Do I look, act and dress in a way that reflects my personal brand?’
  4. ‘Do my actions reflects the brand I want to present’

 

Cuba fikirkan tentang personaliti anda, kemahiran anda, ilmu anda dan bagaimana untuk meletakkan diri anda sebagai seorang profesional.

Cara yang paling mudah untuk mengenalpasti apakah Jenama Peribadi anda sekarang ialah dengan bertanya dengan Mr Google “Siapakah diri anda?”. Taipkan ‘nama’ anda dan klik ‘search’

“Jika Anda Belum Punya Jenama, Binalah Jenama Peribadi Anda Bermula Hari ini”