Dalam artikel sebelum ini kita bincangkan secara umum tentang siapa bakal pelanggan anda dan selepas itu tentang apa yang perlu anda semak jika produk anda gagal menjual. Untuk artikel ini kita fokus kepada sesuatu yang lebih penting iaitu bagaimana untuk memastikan komunikasi online anda dengan bakal pelanggan lebih berkesan.

Kredit gambar: brainboxx.co.uk

Kredit gambar: brainboxx.co.uk

Dalam kajian oleh Dr David Kolb, beliau mendedahkan yang terdapat 4 cara pembelajaran iaitu;

  • Feeling (WHY)
  • Watching (WHAT)
  • Thinking (HOW)
  • Doing (WHAT’s NEXT)

Ada orang yang lebih berkesan pembelajarannya hanya dengan melihat sendiri (watching) tetapi ada yang perlukan lebih data atau tunjuk ajar secara satu persatu (thinking). Begitu juga dengan ‘feeling’ dan ‘doing’, semua itu bergantung kepada keupayaan penerimaan seseorang. Kajian ini dikeluarkan pada tahun 1970 pada skop yang besar. Kita ambil dalam situasi kita perniagaan internet, meraka yang kita berurusan adalah pelawat laman web kita dan adakah kajian ini bertepatan dengan kita?

Ambil contoh begini, katakan saya dipromosikan dengan laman web ‘menguruskan badan’ sedangkan saya tidak berhasrat untuk menguruskan badan. Anda rasa apa yang akan saya lakukan? Tutup laman web tersebut kerana ianya tidak bersesuaian dengan saya!

Tetapi jika laman web itu meletakkan gambar orang gemuk yang terlantar di hospital atau menggunakan ayat yang mengganggu emosi saya seperti ‘ANDA BAKAL DITINGGALKAN ISTERI KERANA GEMUK!’, pasti saya memilih untuk terus berada di laman web tersebut.

Dalam situasi ini, pemilik laman web tersebut telah berjaya membangkitkan aspek pertama yang dinyatakan oleh Dr David Kolb iaitu ‘feeling’. Jadi kajian ini boleh digunapakai dalam komunikasi ‘online’ juga

Komunikasi Online Berkesan

Berkomunikasi dengan komuniti anda dan mengambil kira 4 perkara ini kerana kita mahu semua pelawat kita dapat mesej yang mahu kita sampaikan. Katakan daripada 10 orang pelawat, 7 orang lebih mudah faham dengan melihat demo produk anda tetapi anda tidak berikan demo. Anda telah kerugian 7 orang prospek.

Manfaatkan hasil kajian Dr David Kolb dalam komunikasi anda bersama komuniti anda di laman web, ‘mailing list’ mahupun apa sahaja saluran komunikasi anda.

Bagaimana?

Untuk lebih mudah kita ambil situasi penjualan makanan kesihatan untuk kuruskan badan. Bagaimana 4 perkara ini boleh digunakan untuk menjadikan promosi anda lebih berkesan kepada pelawat anda.

STEP 1: Feeling (WHY) Kenapa ianya penting. Ianya perlu dijawab terlebih dahulu kerana ianya adalah faktor penentu pelawat akan terus berada di laman jualan anda atau terus meninggalkannya. (contoh ‘GEMUK’ di atas)

STEP 2: Watching (WHAT) Lebih mudah jika diterangkan dalam teori WIIFM (What is it for me). Apa kena-mengena dengan aku. Atau mudahnya anda terangkan apa yang akan mereka perolehi dengan membaca laman web/email anda

“Saya akan tunjukkan kepada anda 3 teknik mudah tetapi sangat berkesan untuk anda kurangkan 10kg dalam masa 10 hari hanya dengan bermain 7 minit sehari”

STEP 3: Thinking (HOW) Tunjukkan kepada mereka yang anda betul-betul tahu dan berikan langkah demi langkah bagaimana melakukannya

“3 teknik ini telah dicuba oleh lebih 73 orang rakan-rakan saya dan ianya berkesan dengan memberikan hasil yang sangat memberangsangkan, turun 10kg (dan lebih) dalam masa 10 hari. Teknik pertama…. Bla.. bla.. Teknik kedua….bla bla Teknik ketiga”

STEP 4: Doing (WHAT’s NEXT) Anda kena pandu mereka apa yang mereka harus lakukan selepas ini untuk bermula. Golongan ini adalah mereka yang hampir menjadi pembeli anda. Karang ayat yang lebih spesifik dan permudahkan langkah tersebut

“Sekarang anda tahu 3 teknik mudah ini, terus ke laman “XYZ.com” dan muatturun senarai semak yang kami sediakan untuk anda monitor ‘progress’ anda. Saya akan bantu anda mengurangkan 10kg dalam masa 10 hari dengan 3 teknik ini

STEP 5: Setelah itu baru anda datang dengan solusi yang mahu anda jual

“Ok, sekarang anda dah tahu 3 teknik mudah mengurangkan 10kg dalam masa 10 hari. Apa yang mahu saya kongsikan adalah teknik yang lebih hebat hasil pengalaman 5 tahun saya dalam membantu menurunkan berat badan lebih 2000 orang pelanggan saya. Berat anda akan turun 10kg dalam masa 7 hari TANPA PERLU melakukan aktiviti fizikal…”

Apa yang anda dapat ialah capahan pelanggan yang lebih besar. Anda sasarkan untuk ‘tangkap’ semua pelawat laman web anda membaca apa yang mahu anda sampaikan sekaligus menjadi pelanggan anda

Kesimpulan

  • Pelawat yang datang ke laman web anda mempunyai perspektif penerimaan yang berbeza
  • Susun komponen promosi anda menggunakan kajian Dr David Kolb bagi membuatkan mesej promosi anda sampai kepada lebih ramai orang
  • Susun 4 komponen tersebut mengikut urutannya untuk mengelakkan anda hilang pelawat