Lumrah manusia, ingin dihormati dan dikenali. Walau hanya sekadar sebagai sahabat mahupun sebagai seseorang yang luar biasa hebat! Persoalan di sini, bagaimana hendak memulakan membina kredibiliti diri anda sendiri? Seringkali anda melihat, mendengar serta membaca mengenai individu yang berbeza-beza mempunyai kisah hidup yang hebat. Anda juga boleh jadi seperti mereka.

333735_2641713531563_1017593185_o

  1. Bergaul dengan rakan yang mempunyai minda serupa – Rapatkan diri dengan kenalan yang mempunyai mida positif. Cara pemikiran yang sama, acap kali dengan senang membetuk personaliti diri anda. Mungkin pada yang belum pernah memulakan cara sebegini akan kedengaran agak sukar unutk dilakukan. Tetapi, sebenarnya amat mudah! Mulakan langkah anda satu persatu.  Beranikan diri luahkan perasaan terbuku di hati, ingin belajar tentang sesuatu perkara. Tindakan yang berani, akan menarik kumpulan sokongan yang sama secara tidak langsung. Saya dahulu terfikir bagaimana ingin dikenali di alam maya? Dengan tekad dan sabar saya mencari rakan-rakan yang mempunyai pemikiran yang sama. Saya melakukan apa yang saya nyatakan di sini. Kini makin ramai sahabat sebegini dan ukhwah postif yang terjalin semakin berkembang! P1050400
  2. Seringkali menghadirkan diri ke acara ilmiah –  Jangan jadikan alasan ‘saya sibuk’ untuk menghadirkan diri ke acara ilmiah, yang semakin berkembang pesat di Negara kita. Jika berpeluang, sesekali sertai acara yang dilakukan oleh pakar-pakar dari luar Negara juga. Secara tidak langsung, anda akan perasan kumpulan serta individu yang lebih kurang sama hadir ke acara yang anda hadir! Network dan kredibiliti mula terbentuk tanpa anda sedar! Senyuman antara satu sama lain mula bertukar ke bertanya khabar dan berkembang ke persahabatan yang mungki membawa kepada keuntungan dalam perniagaan anda. Saya juga dahulu sering tertanya bagaimana ingin dikenali lebih dari sekadar ‘peserta’ di dalam sesuatu acara ilmiah. Semakin banyak saya menyertai acara-acara sebegini, jika berpeluang, saya akan memberanikan diri untuk tampil di atas pentas walaupun hanya untuk 2 minit! Gugup pada mulanya. Kini, menjadi satu kemestian, jika berkesempatan. Saya sedar, ini cara terbaik untuk ratusan atau ribuan yag hadir mengenali siapa saya dan perniagaan saya. P1050370
  3. ‘Like’, ‘Komen’ dan ‘Share’ – 3 cara yang diberikan oleh Facebook untuk setiap ruangan peribadi anda serta rakan-rakan. Amalkan untuk melakukan kesemuanya terhadap mentor atau kenalan yang anda ingin kenali dengan lebih rapat lagi. Denga cara ini juga, saya mendapat maklum balas positif daripada mereka yang lebih lama da pakar di dalam bidang perniagaan online! Kekalkan momentum, jangan pula seperti sabut kelapa yang sekejap tenggelam, sekejap timbul. Membina persahabatan yang postif dan menguntungkan anda pada masa akan datang memang memakan masa! Saya sendiri mengambil masa lebih kurang setahun untuk mula dikenali di dunia alam maya. Dan masih sedang berusaha untuk lebih dikenali sebagai IM Wanita serta ‘perunding acara’. like dan share fb
  4. Tampilkan imej positif – Jika ingin dikenali sebagai individu yang hebat, anda harus tampilkan imej bersih dan positif. Bukan sahaja dari segi gambar-gambar yang dipaparkan, malahan tutur kata dalam kenyataan yang dikeluarkan. Pepatah melayu juga bertegas, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya’. Sekali anda tersilap kata, seolah-olah anda ‘dihukum’ sebagai orang yang berfikiran negatif! Jadi, kawal diri dan berkata-kata mengikut minda, bukan perasaan.
  5. Sering berkongsi kenyataan yang membina minda dan keyakinan diri – Jika anda terbaca sesuatu kenyataan yang amat menyentuh perasaan anda dari segi membina minda dan kredibiliti diri, luangkan masa untuk berkongsi dengan kenalan anda yang lain. Tabiat ini, dengan tidak langsung membantu rakan anda yang mungkin pada saat-saat tertentu sedang memerlukan kata-kata positif! Anda mungkin tidak sedar anda sudah mendapat pahala, jika sekadar berkongsi sebegini, rakan yang membacanya tersenyum dan menjalani hari tersebut dengan lebih yakin dan gembira! Saya juga ada hari-hari yang kurang menyenangkan, tetapi segalanya cepat berubah apabila terbaca sesuatu kenyataan yang menusuk kalbu dan membuatkan diri saya tersedar, jangan disia-siakan hari yang indah! Dengan pantas, saya akan sebarkan pula kepada kenalan lain. Kerana penyataan positif tadi telah menceriakan hari saya. komen positif
  6. Membalas komen yang ditinggalkan – Apabila anda membuat sesuatu kenyataan di laman sosial media anda, luangkan masa untuk menjawab komen-komen yang ditinggalkan. JIka ada komen yang berbaur negatif dan menurunkan emosi positif anda, ambil masa dan cari cara terbaik untuk menjawabnya. Rakan – rakan anda akan terasa dihargai apabila anda membalas kata – kata mereka walaupun sepatah dua kata. Kerana ini membuatkan mereka tahu, kehadiran mereka disedari di dalam hidup anda. reply to komen
  7. Fokus kepada satu bidang sehingga dinobat sebagai ‘pakar’ – Sekiranya anda baru menapak dalam alam maya dan ingin membina kredibiliti melalui perniagaan, dinasihatkan agar anda fokus terhadap satu bidang dahulu. Bina kredibiliti anda sehingga anda digelar ‘pakar’ dalam bidang tersebut. Saya bertapak di dalam perniagaan online melalui bidang kecantikan dan kesihatan. Sehingga kini masih meneruskan minat saya tetapi setelah beberapa tahun, saya mula mengatur langkah di dalam bidang fesyen, satu lagi bidang yang saya gemari. ‘Multiple income’ melalui perniagaan online memang menyeronokkan, cuma anda harus bijak mengatur masa.  eme beauty add to interest apl cover page

Mudah bukan? Selamat mencuba!