Apa perlu alamat perniagaan dinyatakan jika berniaga secara online? Pada asasnya, perniagaan internet yang dijalankan secara ‘part-time’ sebagai alternatif ‘side income’ dijalankan dari rumah. Juga untuk yang menjalankannya secara sepenuh masa, rata-rata memilih untuk bergerak dari rumah. ‘Small office home office’ – SOHO satu konsep yang diperkenalkan dan diadaptasikan dalam galakan kepada golongan wanita menjana pendapatan dari rumah melalui inisiatif SOHOnita

Pengguna internet sekarang semakin berhati-hati dengan peniaga online atas sebab banyak kes penipuan yang berlaku. Dalam membeli, mereka lebih cenderung memilih peniaga online yang meletakkan alamat, email dan nombor telefon. Salah satu soal selidik yang dilakukan PUIM berkaitan isu ini;

perniagaan internet Bagi pemilik SOHO, isu keselamatan membantutkan mereka meletakkan alamat kediaman mereka bagi membuktikan mereka peniaga jujur. Mendedahkan alamat rumah adalah antara kesilapan yang mengundang jenayah.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam mengumumkan inisiatif menjaga kepentingan pengguna daripada ditipu, meletakkan garis panduan dan telah dikuatkuasakan pada 1 Jualai 2013. Pastinya ianya daripada maklumbalas pengguna dan isu alamat dimasukkan. Tahniah untuk pihak KPDNKK pastinya pada kacamata pengguna dan pada pandangan peniaga online kerana memberikan pilihan (tidak mewajibkan) alamat diletakkan. Ini hebahan yang dilakukan oleh PUIM berkaitan isu ini;

 

 

Tetapi persepsi dan kehendak pembeli adalah sebaliknya. Mereka lebih yakin dengan kesediaan penjual mendedahkan alamat untuk mereka sandarkan kepercayaan. Kepada peniaga online, itu pilihan anda. Pihak KPDNKK dan PUIM telah menyampaikan suara pembeli online berkaitan isu ‘alamat’ ini. Bukan salah pengguna tidak mempercayai kita, tetapi itu adalah persepsi yang terbina atas pelbagai kes penipuan yang berlaku. Sekali lagi, lihat persepsi ini;

perniagaan online

Pihak PUIM cuba menyelami masalah komuniti usahawan internet tempatan berkaitan mempunyai pejabat sendiri untuk operasi bisnes online. Semangnya ianya merupa impian mereka tetapi yang menjadi isu utama adalah masalah kos disamping merasakan ianya tidak perlu kerana adanya SOHO. Tetapi berbalik kepada masalah jenayah tadi, memikirkan untuk memiliki pejabat sendiri adalah sesuatu yang perlu difikirkan.

usahawan internet

Dalam perbincangan yang telah dilakukan, antara solusi untuk usahawan online dalam mendapatkan alamat pejabat (bukan SOHO) adalah melalui khidmat ‘Virtual Office (VO)’. Konsepnya mudah, usahawan hanya menyewa alamat pejabat. Urusan surat-menyurat boleh terus dilakukan dan pihak VO akan menghantar surat tersebut ke SOHO anda. Juga termasuk nombor telefon pejabat, faksimili dan ruang bilik mensyuarat untuk kita sebagai penyewa VO. Itu bergantung kepada penyedia VO. Tetapi isu utama adalah menyelesaikan masalah;

  • Kehendak kepercayaan pengguna (alamat)
  • Keselamatan keluarga peniaga online (alamat SOHO – rumah)

PUIM dalam inisiatif menyediakan kemudahan VO dengan alamat pejabat baru PUIM di Seri Kembangan. Ianya pada peringkat akhir dan terhad kepada 18 orang usahawan online sahaja. Untuk yang serius, anda boleh daftarkan nama dan email anda untuk kami salurkan maklumat VO PUIM ini.

vo

Terus ke https://www.puim.my/puimbackupoct2016/info-vo/