daya tahan simpan emas perak

Kunci kejayaan untung besar dalam pelaburan emas dan perak ialah kita wajib mempunyai holding power atau daya ketahanan menyimpan jangka panjang.

Strategi pendapatan optimum membolehkan kita membina aliran tunai yang tinggi, sekaligus mempunyai daya ketahanan menyimpan emas dan perak untuk jangka masa panjang.

Sebagai usahawan internet, rangka kerja jangka panjang perlu, memastikan dana perniagaan diuruskan secara optimum.

Ini berupaya memastikan perniagaan anda terus mampan dan pada masa yang sama mempunyai elemen bertahan apabila memulakan simpanan emas dan perak.

Fungsi #1 emas dan perak

Persamaan paling penting untuk kedua-dua logam ini ialah peranan mereka sebagai alat mengekalkan nilai.

Kisah Ashabul Kahfi yang bangun selepas tidur selama 309 tahun menggunakan wang perak untuk membeli makanan menunjukkan duit perak masih laku diterima untuk jual beli selepas lebih tiga abad!

Bolehkah wang kertas yang kita pegang sekarang mengekalkan nilainya dalam hal urusniaga jual beli 300 tahun akan datang? Cuba tanya diri sendiri:

“Dengan RM50, adakah sama kuantiti dan kualiti barang yang kita boleh beli hari ini berbanding 10 tahun lepas?”

Emas dan perak dari sudut pelaburan

nisbah emas dan perak sebelum selepas 1873
Sebelum 1873 tiada langsung istilah ‘pelaburan emas dan perak’ kerana kedua-dua logam tersebut digunakan sebagai matawang. Ia digunakan sebagai matawang kerana dapat menjalankan fungsi mengekalkan nilai dengan baik sekali.

Selepas 1971, apabila kedua-dua logam ini dinyahkan martabat daripada matawang kepada komoditi, harga mereka bergantung kepada permintaan pasaran.

Namun begitu, apa yang menarik kita boleh perhatikan ialah pergerakan harga emas dan perak adalah seiringan, baik semasa jatuh mahupun naik.

Trend Kenaikan dan Penurunan Yang Sama Untuk Emas dan Perak

harga emas perak 1970 1990

Jika kita teliti rajah di atas, harga emas dan perak mengalami trend ‘kenaikan bersama’ pada 1970-1980 sebelum ‘jatuh bersama’ sehingga 1990.

harga emas perak 10 tahun

Ini pula sejarah harga untuk 10 tahun lepas. Sekali lagi kedua-dua logam tersebut mengalami ‘kenaikan bersama’.

Persoalan awal yang kita boleh bincangkan ialah, jika kedua-dua mempunyai fungsi utama sama dan kebelakangan ini mengalami trend kenaikan harga yang sama;

Mengapa orang ramai lebih cenderung membeli emas dari membeli perak?