Pembeli hanya membeli bila mereka Bersedia

Dalam siri lalu saya banyak bincangkan mengenai menukar pelawat kepada prospek. Pelawat dikatakn prospek apabila anda sudah tahu nama, email, atau no telefon mereka.

Dan ini dipanggil ‘follow-up’ , mengikut kajian 7-8 kali follow-up dilakukan, barulah peratusan membeli meningkat tinggi. Jadi teknik atau template atau strategy follow up anda harus pelajari.

# 1 Jangkamasa Follow up

timing

Prospek anda yang beri nama, email, dan telefon itu sememangnya sedang menantikan berita dari anda, tetapi sudah tentu mereka juga tidak mahu terlampau banyak maklumat serentak.

Jadi jangkamasa followup perlu dirangka awal, dan pastikan jangkamasa followup ini menepati keperluan dan harapan dari prospek beserta objektif perniagaan anda.

Jadi adalah terbaik, anda beritahu awal-awal kepada prospek anda, iaitu anda akan hantar bila email atau bila akan telefon mereka.

Contohnya jika anda menjual produk online, beritahu emel seterusnya dihantar dalam satu minggu atau sebulan sekali. Dengan cara ini prospek dengan lebih rela akan menerima email dari anda.

#2 Jadikan komunikasi anda lebih peribadi

personal

Kajian menunjukkan bahawa prospek akan lebih memberi tindak balas positif jika anda anda menghantar email berbenuk peribadi. Jadi eloklah anda menghantar followup dengan membuat beberapa perubahan dalam database anda.

Contoh paling mudah ialah, gunakan nama mereka sebagai kata ganti nama anda, atau anda cadangkan produk / servis berdasarkan pembelian mereka sebelum ini.

#3 Kemaskini Follow-up and a daripada email automatik kepada email peribadi automatik.

relate

Sekarang dah ramai yang guna autoresponder, dan kadang-kala dah terlupa yang prospek dah biasa dengan email automatik ini. Seolah tidak berperasaan, tetapi terus menerus automatik tanpa pedulikan prospek. Lama kelamaan akan menjadi menyampah.

Jadi contoh paling baik ialah menghantar email followup berdasarkan sifat pelanggan itu sendiri contohnya berdasarkan pembelian dahulu atau minat mereka untuk beri maklumat mereka.

Contoh paling baik ialah tengok pada Amazon, mereka begitu faham apa yang pelanggan mereka buat, dan apabila promosi dihantar akan berdasarkan pembelian lalu.

Jadi macam mana anda membina hubungan istimewa dengan pelanggan anda? Mari kongsikan disini. 🙂

Oh ya, dalam siri akan datang kita akan berbicara mengenai bagaimana menukar prospek menjadi pembeli. Barulah dikatakan perniagaan kalau prospek membeli produk atau servis anda kan. 🙂