Saya selalu sahaja kumpul DATABASE melalui profil saya, tidak semestinya melalui fan page sahaja, atau di group sahaja.

Sebab sedar tak sedar, prospek yang paling dekat yang sudah mempunyai TRUST pada kita ialah di profil kita selain di fan page.

Jadi apabila sudah jalankan strategi siapa ‘nak’ melalui

1. LIKE
2. KOMEN

Saya akan hubungi mereka, biasanya staff akan buatkan lah….

Cuma masalah saya perhatikan, masih ramai lagi tak tahu nak balas PM cara yang betul, jadi senang hati saya kongsikan salah satu dari TEMPLATE saya gunakan untuk balas PM. Inshaallah menjadi.

sedia….?

———————-
TEMPLATE PM
———————

Bagi yang gunakan strategi PM / Komen / LIKE di FB, dan anda janjikan sesuatu untuk diberikan,

Salah satu langkah ialah anda PM sendiri setiap orang yang menyatakan minat, gunakan template dibawah.

—————————
Struktur balas PM,
—————————
[GREETING / PUJIAN / ENCOURAGEMENT]

Salam TUAN / Cikpuan _________ , saya hubungi kerana TUAN/CIKPUAN telah menyatakan MINAT untuk dapatkan _______________.

[ TINDAKAN JELAS]

Tanpa berlengah lagi, ini ialah langkah untuk

1) Download
2) Lakukan Pembelian
3) Buat Pembayaran (Jika ada)
4) Muaturuan & Sebagainya.

[ SURUH BERTINDAK – CLOSING ]

P.S: Cepat lakukan pembelian / muaturun, kerana ________________

1. Anda boleh gunakan SCARCITY
– Terhad dari segi masa
– Terhad dari segi jumlah / unit

2. PREMIUM & Esklusif
– Stok Terhad, ADA 2 sahaja dalam Kuala Lumpur.

3. BONUS
– Kalau beli ini sekarang, ada bonus khas diberikan.

———————————
Nak belajar masa ke masa PEMASARAN ONLINE? sudah 19253 usahawan dan bakal usahawan online bersama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (UIM) .

DAFTAR 100% PERCUMA SEKARANG!

Klik https://ahli.puim.org.my