Bekerja dari rumah kedengaran seperti senang! Tak perlu sibuk menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari! Terbayang di fikiran, anda boleh membuat sesuka hati mengikut kesesuaian masa anda. Tetapi, realitinya, jika ingin berjaya anda perlu fokus. Bekerja dari rumah tidak bermakna dengan sewenang-wenangnya anda boleh bertindak tanpa sistem yang teratur. Ini fakta. Lebih-lebih lagi, dengan kehadiran kaum keluarga di sekeliling anda setiap masa. Tumpuan senang untuk terjejas.

Ada caranya untuk anda menjayakan situasi ini. Di sini, tips-tips untuk anda memberi tumpuan yang sewajarnya dalam mengejar kejayaan yang diidamkan walaupun hanya bekerja dari rumah:

  1. Cipta aturan masa bekerja dan ikut secara teratur -Minta kerjasama kaum keluarga agar menghormati masa anda bekerja. Beritahu mereka waktu-waktu yang sesuai atau tidak, agar anda dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam membuat kerja.
  2. Temujanji peribadi  tidak dicampur aduk dengan masa bekerja -Elakkan mencampur aduk perkara peribadi sewaktu bekerja. Luangkan waktu khas setiap hari atau sehari dalam seminggu untuk menguruskan hal peribadi. Dengan ini, anda akan bersikap lebih professional dalam mengendalikan kerja anda.
  3. Tentukan ruang kerja khas -Ruang khas atau SOHO (small office home office) yang anda sediakan sepatutnya memang hanya untuk anda sahaja. Maklumkan kepada kaum keluarga agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan ruang itu, tanpa memaklumkan kepada anda terlebih dahulu.
  4. Berjanji kepada diri sendiri untuk mematuhi masa bekerja -Buat janji kepada diri anda agar sentiasa mematuhi masa yang telah diaturkan khas unutk bekerja. Elakkan meninggalkan ‘pejabat’ selagi waktu bekerja sedang berlangsung.
  5. Berpakaian kemas -Walaupun hanya dari rumah, anda sepatutnya berpakaian sepeti sedang bekerja di pejabat. Pakaian yang kemas serta sedikit solekan untuk wanita. Ini semua menjadi pembakar semangat kepada anda untuk lebih fokus sewaktu sedang bekerja.
  6. Ruang kerja yang teratur dan kemas -Pastikan hanya barang-barang yang berkenaan dengan hal kerja sahaja berada di ruang pejabat anda. Barang –barang lain dengan mudah akan menjadi gangguan.
  7. Peralatan pejabat yang mencukupi -Stok barangan pejabat seperti pen, kertas dan pita perekat, sentiasa mencukupi agar tumpuan anda tidak terjejas. Kehabisan stok yang penting secara tiba-tiba boleh mengganggu tumpuan anda.
  8. Jadual  Rancangan setiap hari -Aturan masa bekerja dan perkara yang perlu dilakukan harus diletak di tempat yang senang untuk anda lihat. Tuliskan di dalam buku catitan harian dan letak berdekatan dengan anda. Dengan cara ini, tumpuan anda akan menjadi seratus peratus setiap masa, sepanjang anda sedang bekerja.
  9. Kemas dan rancang -Setiap hari, rancang hari anda dengan menulis di buku catitan perkara-perkara yang perlu dilakukan. Apabila tempoh bekerja habis, semak semula buku catitan anda. Lihat perkara yang telah selesai dilakukan dan juga perkara yang perlu disambung lagi pada esok hari. Lakukan sebegini, setiap hari. Semak juga tarikh-tarikh penting agar masa tidak bercanggah dengan temujanji yang berikutnya.

Salam ceria dan selamat mencuba!