Seringkali kita dengar orang di sekeliling berkata, ‘Right Mindset’. Apa maksud mereka? Right Mindset adalah apabila kita sentiasa fokus dengan apa yang sedang kita lakukan. Perkara ini merangkumi hal-hal perkerjaan mahupun hal-hal peribadi. Contohnya apabila kita sedang giat belajar, maka kita harus mempunyai minda yang bersesuaian sebagai seorang pelajar.

Ia sebenarnya tidak sesukar mana untuk kita sentiasa mempunyai mode ini di dalam minda kita. Ikuti langkah-langkah ringkas dalam membentuk minda yang tepat

  1. Jangka masalah yang akan timbul dan bersedia dengan penyelesaian – di dalam apa jua perkara yang anda lakukan, sentiasa bersedia dengan masalah yang mungkin timbul dan jalan penyelesaiannya. MInda anda perlu kreatif dan terangsang dalam menangani hal yang tidak diingini dengan bijak dan cekap. Contoh jika kenalan anda adalah raja sehari dan anda dilantik sebagai pengapit, tiba-tiba pengantin diberitahu ‘mak andam’ tidak dapat hadir! Apa anda akan buat untuk membantu pengantin?
  2. Tanggungjawab – anda perlu mempunyai nilai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap perkara yang anda sedang usahakan. Contoh, sebagai pengapit anda tentunya orang yang paling dipercayai, tenangkan pengantin dan bertindak dengan pantas agar dapat mencari ‘mak andam’ yang masih lapang pada jangkamasa singkat. Minta pertolongan dari orang lain jika perlu.
  3. Titik beratkan jalan penyelesaian – anda perlu memastikan bahawa jalan penyelesaian yang dipilih bertepatan dengan waktu yang anda ada. Buat yang terbaik. Niat yang ikhlas dapat dilihat dari riak muka serta tindakan yang anda ambil pada waktu itu. Contoh, sebagai seorang pengapit, tugas rasmi anda membantu pengantin dalam hal-hal yang tidak dijangkakan. Ini hari mereka, anda adalah ‘penyelesai masalah’ sekiranya sesuatu perkara yang tidak dijangka timbul.
  4. Jadilah rakan sepasukan yang berkesan dan cekap – kerja berkumpulan hanya akan berjalan lancar apabila kesemua ahli kumpulan bersatu hati. Walaupun personaliti atau gaya bekerja berbeza, tetapi itu semua sepatutnya tidak perlu ditonjolkan secara berasingan apabila anda sedang mengusahakan sesuatu bersama-sama. Contoh, anda sebagai pengapit kepada pengantin, harus juga bekerjasama dengan keluarga pengantin dalam menangani masalah mencari pengganti ‘mak andam’. Mungkin akan ada selisih faham dan sebagainya, tetapi anda harus bersikap professional agar majlis yang bakal berlangsung berjalan sempurna.
  5. Beri sepenuh perhatian terhadap kerja anda – fokus dengan perkara yang anda sedang buat pada waktu tersebut. Contoh, jika kini anda sebagai seorang pengapit, buat tugas anda yang terbaik. Mungkin anda tidak sedar, tetapi tindak tanduk pengapit dan bagaimana mereka mengiringi pengantin sentiasa diperhatikan.

Praktikkan langkah-langkah ringkas ini setiap kali anda sedang menumpukan perhatian dalam sesuatu hal. Pasti segalanya akan berjalan lebih mudah.

Selamat mencuba!