Ada cara mudah untuk menawan hati bakal pelanggan anda. Tidak perlu gusar untuk memikirkan bagaimana hendak memujuk rayu atau mendesak mereka agar membeli produk atau servis yang anda tawarkan. Cuba ikuti 5 langkah mudah ini:-

  1. Buka minda bakal pelanggan -Melalui perbualan demi perbualan anda dengan mereka, buka minda mereka dan yakinkan mereka apa sahaja masalah yang mereka hadapi ketika itu, boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Luangkan masa untuk melakukan perbincangan yang telus dengan mereka dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Bakal pelanggan dapat menghidu jika anda sebenarnya ikhlas dalam membantu mereka ataupun hanya berpura-pura sekadar agar mereka menjadi pelanggan anda.
  2. Fokus kepada bakal pelanggan yang paling berpotensi -Kenal pasti bakal pelanggan yang mempunyai potensi tertinggi dalam membeli produk atau servis daripada anda. Ini bermaksud fokus kepada bakal pelanggan yang pada ketika itu memang sedang mencari produk atau servis dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tetapi jangan diabaikan mereka yang sedang menggunakan produk atau servis daripada orang lain. berhubung dengan yang paling berpotensi dengan kerap dan yang lain, sekali sekala bertanya khabar. Purata kajian pernah membuktikan bahawa selalunya selepas 7 kali seorang pelanggan berkata ‘tak nak’, akhirnya kali yang ke 8, kemungkinan besar mereka akan menjadi pelanggan anda. Jadi, jangan mudah putus asa.
  3. Bantu bakal pelanggan untuk membeli dengan bijak -Berikan khidmat perundingan kepada mereka agar pembelian yang akan mereka lakukan adalah bertepatan dengan kehendak mereka pada masa itu. Percayalah jika pelanggan sedar anda jujur mereka akan kembali untuk mendapatkan produk atau servis hanya daripada anda. Malahan mereka dengan senang hati akan membantu mempromosi  perniagaan anda kepada kenalan mereka pula! Secara tak langsung anda akan mendapat potensi pelanggan baru!
  4. Peroleh kepercayaan dengan bukti atau testimoni -Selain janji yang diberikan elok juga jika disertakan dengan bukti yang sahih tentang keberkesanan produk atau servis anda. Bukti boleh diberi dalam bentuk gambar atau sms serta pelbagai cara lain lagi. Sentiasa kemas kini testimoni terbaru yang anda perolehi daripada pelanggan-pelanggan anda kerana ini akan meningkatkan kredibiliti untuk mempengaruhi jualan daripada bakal pelanggan anda pula.
  5. Kenali keperluan bakal pelanggan -Sebelum cuba mempromosi produk atau servis anda, kenali bakal pelanggan dan serba sedikit latar belakang mereka. tanya jika sudah berkeluarga atau apa minat mereka dan sebagainya. buat mereka sebagai kawan. Dari perbualan singkat itu cari peluang bertanyakan mereka hal yang berkaitan dengan apa yang anda boleh tawarkan melalui perniagaan anda. contohnya, jika ingin memperkenalkan produk menguruskan badan kepada seseorang, selidik serba sedikit adakah bakal pelanggan itu sedang menggunakan sebarang produk yang sama ataupun memang sedang mencari. Tidak bermakna jika mereka sedang menggunakan produk lain anda tidak perlu memperkenalkan produk anda, yang penting biar mereka tahu jenis perniagaan yang anda jalankan. Mungkin dalam masa terdekat mereka akn mencari anda! Sekiranya mereka sedang tercari-cari produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah masanya untuk anda bertindak dengan bijak!

Selamat mencuba!