Keyakinan diri adakalanya terbina semenjak kita kecil, tetapi kebanyakan orang, hal ini terjadi apabila anda berjaya melakukan sesuatu yang pada mulanya anda rasakan mustahil untuk dilakukan!

Ini langkah-langkah mudah untuk anda mencuba membentuk keyakinan diri:

  1. Lakukan sesuatu yang membolehkan anda lebih menghormati diri anda sendiri -Tetapkan satu matlamat untuk segala apa yang dilakukan adalah untuk memuaskan diri sendiri, bukan orang lain. Sentiasa mencabar diri sendiri untuk membuat sesuatu yang di luar jangkaan. Anda akan berasa hebat dengan pencapaian yang dilakukan. Ini lebih baik daripada tidak membuat sebarang percubaan.Jalani kehidupan anda dengan integriti, lama-kelamaan anda akan lebih dihormati tanpa perlu anda pinta. Pendapat dan idea orang lain selalunya akan memainkan peranan di dalam kehidupan anda, tetapi ini tidak bermakna anda harus menetapkan matlamat hidup anda berdasarkan hal ini. Dengar dan cuma praktikkan apa yang bersesuaian dengan diri anda.
  2. Tetapkan matlamat dan berusaha menjadikannya realiti -Matlamat yang ringkas dan secara logik untuk dicapai, sebagai permulaan. Seperti kanak-kanak yang ingin belajar memasak nasi, kemudian ingin menggoreng telur. Setiap hari, adakan matlamat ringkas. Lama-kelamaan anda akan biasa dalam mengejar matlamat yang lebih luarbiasa hebat! Adili matlamat anda dengan bijak. Fikirkan matlamat hidup dan minat yang benar kepada diri anda sendiri. Sekiranya anda menanam azam ingin menjadi seorang usahawan online, antara langkah pertama ialah menyertai seminar atau membaca buku-buku motivasi yang berkaitan dengan dunia perniagaan.
  3. Kenali ‘kekuatan’ diri anda -Jika anda seorang yang kreatif dan dramatik, cuba bidang penulisan drama. Jika anda seorang yang pandai melukis dan bijak matematik, mungkin anda sesuai menjadi seorang arkitek.  Apa-apa pun, jika anda dapat menyedari kekuatan diri anda yang lahir bersama anda semenjak azali lagi, cari jalan untuk meneruskan ‘kekuatan’ ini. Bukan bermakna anda tidak perlu belajar hal-hal lain Cuma kekuatan yang lahir bersama anda akan lebih senang untuk anda kuasai dan dikenali.
  4. Hargai ‘hobi’ anda -Sama ada anda suka melukis, mengait, membaca buku, mengumpul setem dan sebagainya, hargai minat anda sendiri. Kerana dengan membuat perkara yang anda minati serta berkongsi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama dengan anda, keyakinan diri anda akan lebih terbentuk.
  5. Berkongsi kepandaian anda dengan orang lain -Apabila anda bekongsi dengan orang lain tentang sesuatu hal yang sememangnya anda sudah tahu lebih lanjut ataupun pakar, secara tak langsung anda akan lebih dihormati daripada mereka. Mereka pula, satu hari nanti akan berbuat demikian kepada orang lain. Nama anda akan tetap tersemat dikalangan mereka yang menuntut ilmu daripada anda.
  6. Bantu orang lain -Luangkan masa untuk melakukan aktiviti ‘sukarela’. Membantu di rumah orang tua, bergotong royong membersihkan kawasan masjid, atau melawat rumah anak yatim. Aktiviti sebegini dapat membantu anda membuka minda dan lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Selamat mencuba tips mudah ini! Salam ceria.