Pada 17/4/2013, Maybank telah melancarkan perkhidmatan terbaru mereka khusus untuk peniaga-peniaga online khasnya pengguna blogshop. Perkhidmatan ini di namakan Maybank2u Pay.

Maybank2u Pay boleh di daftarkan dengan syarat berikut :
1) Mempunyai akaun Maybank2u
2) Mempunyai blogshop/website yang menjual produk.

Antara kelebihan menggunakan Maybank2uPay ini ialah,

  • Anda dapat melihat transaksi beserta butiran email dan nama pembeli. Di mana sebelum ini, ramai peniaga mengutarakan masalah untuk memeriksa bukti pembayaran kerana kekurangan informasi pembayar di details transaksi.
  • Transaksi pembelian akan di asingkan dengan transaksi lain-lain seperti withdraw, urusan cek dan lain-lain lagi. Mudah untuk anda menguruskan pengiraan untung dan jualan setiap bulan 🙂

Berikut saya berikan langkah demi langkah untuk mendaftar perkhidmatan Maybank2u Pay ini.

Langkah #1 :

Login akaun Maybank2u anda. Klik bahagian Maybank2u Pay

step1

Langkah #2 :

Klik di ‘Apply for Maybank2u Pay’

step2

Langkah #3:

Baca term & Condition kemudian tandakan di kotak tanda anda bersetuju dengan Term&Condition yang diberikan. Klik ‘Continue’

step3

Langkah #4:

Masukkan butiran-butiran yang diperlukan.

step4

Langkah #5:

Teruskan iaitu Request TAC dan teruskan sehingga status ‘Successful’

step6

Langkah #6:

Dalam masa 1-2 hari, anda akan menerima panggilan dari wakil Maybank untuk membuat pengesahan butiran-butiran permohonan anda. Mereka akan beritahu sama ada permohonan anda berjaya ataupun tidak.

Langkah #7:

Email pemberitahuan akan di hantar kepada anda untuk pemberitahuan status permohonan anda dan anda akan menerima email di inbox Maybank2u.

Langkah #8 :

Buka inbox di Maybank2u untuk arahan dan butiran code html untuk anda copy paste di laman web anda.

Siap! 🙂 Pelanggan sudah hanya perlu klik di Logo Maybank2u Pay untuk membuat pembayaran ke akaun anda. Contoh seperti di bawah.


Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Selamat mencuba!

Salam ceria. Peace ya!