97% pelabur SUKA spekulasi harga.

Berdasarkan harga perak yang rendah sekarang, potensi kenaikan ialah 10 KALI GANDA.

Di dalam artikel ini, saya akan bentangkan asas spekulasi harga perak mencecah 1000% untuk jangka masa 4 hingga 9 tahun lagi.

Spekulasi ini adalah berdasarkan sejarah kenaikan harga emas dan perak di dalam bull market komoditi lepas (1960-1980).

Sejarah Harga Emas & Perak 1960-1980

Di dalam post Persamaan Di Antara Pelaburan Emas dan Perak kita ada sentuh sedikit berkaitan Trend Kenaikan dan Penurunan Yang Sama Untuk Emas dan Perak.

sejarah-harga-emas-perak-1960

Carta 1: Harga Emas dan Perak 1960

sejarah-harga-emas-perak-1970-1990

Carta 2: Harga Emas dan Perak 1980

Sila rujuk 2 carta di atas. Perbezaan kenaikan harga emas dan perak dalam tempoh tersebut adalah seperti berikut:

carta sejarah harga emas perak 1960 1980

Harga USD850 untuk emas dan USD50 untuk perak adalah harga tertinggi sebelum kitaran bertukar dari pelaburan komoditi kepada aset kertas.

Kenaikan emas di dalam kitaran yang lepas ialah 23 kali ganda.

Kenaikan perak di dalam kitaran yang lepas ialah 54 kali ganda.

Kitaran Pelaburan Emas dan Perak 2002 – 20??

Kita akan gunakan unjuran yang sama untuk peratusan peningkatan harga emas dan perak bagi kitaran pelaburan komoditi semasa yang bermula pada sekitar 2001-2002.

carta unjuran harga emas perak

Oleh kerana kitaran pelaburan emas dan perak telah bermula hampir 10 tahun, kita akan gunakan harga semasa emas dan perak untuk menjangkakan potensi kenaikan harga kedua-dua logam tersebut di dalam kitaran pelaburan sekarang.

harga-emas-perak-mei2013

Carta 3: Harga Semasa Emas dan Perak pada Mei 2013

Dengan unjuran harga di atas, jom kita banding dengan harga emas dan perak semasa

carta potensi kenaikan harga emas perak

Syor dan Amaran Pelaburan Perak

Dengan POTENSI BESAR kenaikan harga, memulakan pelaburan perak fizikal berpotensi memberi pulangan lumayan.

Perlu diingatkan, meskipun potensi kenaikan harga sehingga 10 kali ganda, ia adalah berbentuk keuntungan modal.

Maknanya anda hanya untung bila anda jual. Selagi anda belum jual, anda hanya untung atau rugi atas kertas sahaja.

Ada soalan mengenai artikel ini? Sila tinggalkan komen. 

Sumber carta: https://www.goldprice.org/https://silverprice.org/silver-price-history.htmlhttps://www.silverinstitute.org/site/https://goldsilver.com/